.:: Jasa Membuat Aplikasi Website,Desktop,Android Order Now..!! | | Order Now..!! Jasa Membuat Project Arduino,Robotic,Print 3D ::.

FENOMENA BAJA CECAIR

0 komentar


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
bismillaahirrahmaanirrahiim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


BAJA CECAIR atau BAJA FOLIAR merupakan sejenis baja yang semakin popular dikalangan petani di negara kita. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan baja foliar? Apakah pula kegunaannya?... Penulis blog merujuk kepada beberapa pakar tentang  takrif baja foliar yang dimaksudkan sebagai baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair khususnya kebahagian hijau tunbuhan. Dari segi teorinya dilaporkan bahawa baja foliar yang disembur pada daun mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam.  Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa didakwa dimana baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog sering mempromosikan penggunaan baja cecair untuk kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fenomena baja cecair seperti dilaporkan dalam beberapa media masas cetak dan elektronik dan lamanweb.


Paling asas persoalan mengenai perkara ini adalah apakah yang membezakan antara Baja Foliar dan Baja Butir Sebatian NPK?. Daripada info yang penulis faham adalah proses serapan nutrien antara keduanya dimana cara penyerapan Baja Foliar adalah terus melalui bahagian DAUN tumbuhan (Sila lihat fotoo disebelah). Berlainan pula dengan proses Penyerapan Baja NPK yang ditabur pada tanah dan proses penyerapan nutrien melalui bahagian AKAR tumbuhan dahuli dimana kemudian nutrien ini dibawa kebahagian daun melalui pembuluh untuk proses seterusnya iaitu Fotosintesis. Bagaimana pun kedua jenis baja ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk tanaman dan sebaiknya disyorkan agar semua jenis tanaman atau pun tumbuhan  memerlukan kedua-dua sekali untuk produktiviti yang maksima. Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kalium (K) tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, Magnesium dan sebagainya masih menjadi kekangan. Oleh itu ada sesetengah baja yang dimasukan Unsur Pekit (Trace Element  ditulis ringkasnya TE) sebagai bahan tambahan. Sebagai contoh adalah baja untuk reproduktif atau Baj Buah yang ditulis dengan formulasi 12:12:17:2+TE untuk dapatkan kesan terbaik proses penghasilan tanaman. Bagi jenis Baja Foliar pula selalunya dikaitkan dengan baja yang lebih bertindak sebagai vitamin dengan memberikan beberapa unsur2 mikro yang lain dengan cekap seperti Boron (B), Kalsium dan sebagainya yang bertujuan untuk  tujuan bagi  meningkatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Penggunaan baja cecair ini dengan betul untuk membolehkan tahap ketahanan penyakit juga meningkat.


Dalam bahasa manusia kita boleh faham dimana selalunya manusia masih perlu makan nasi, ikan dan ayam tetapi untuk daya ingatan atau kulit yang cantik manusia memerlukan vitamin atau herba. Manusia hanya boleh makan dan minum melalui mulut sahaja dan kemudian terus ianya masuk kedalam sistem penghadaman sehingga pencernaan (Sila anda ihat rajah disebelah). Manusia akan  makan mengikut waktu sesuai untuk membekalkan tenaga dan digunakan untuk bergerak dan pelbagai aktiviti. Ianya berlainan dengan tumbuhan (plants) dimana tumbuhan boleh makan melalui bahagian akar dan daun. Ini merupakan satu kehebatan sains ciptaan tuhan. Ini kerana semua bahagian hijau tumbuhan yang ada sel  boleh menyerap baja cecair yang diaplikasikan dengan betul. Penggunaan baja cecair yang diformulasikan dan disembur pada bahagian hijau daun mampu diserap terus melalui stomata dan sel dan terus diproses untuk dijadikan tenaga. Bagaimana pun nutrien yang ada pada daun perlukan oksijen dan cahaya matahari untuk proses fotosintesis ini berjqlan dengan baik.


Dalam kahbar tersebut dinyatakan salah satu daripada beratus-ratus jenis baja cecair yang ada di pasaran Malaysia. Baja tersebut adalah jenis Baja FOLIAR dengan jenama EZIGROW iaitu salah satu produk tempatan (Sila lihat foto disebelah).Sama seperti dakwaan banyak pengeluar baja cecair mereka menyatakan dimana Baja Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Baja Ezigrow ini daripada label didakwa mengandungi unsur-unsur nutrien untuk tumbuhan yang lengkap dan ianya seimbang  termasuklah mineral, asid humik,  asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Baja jenis Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Baja ini dikatakan memang mengandungi nutrisi terdiri daripada nitrogen (N), Posforus (P), Kalium (K), Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Besi (Fe), Manganese (Mn), Tembaga (Cu), Zink (Zn), Boron (B), Molibdenum (Mb), Asid humik dan pengawal tumbesaran. Kandungan ini memang penting kerana ia adalah baja lengkap bagi keperluan kebanyakan tanaman.


Fenomena baja cecair telah mula menjadi viral dikalangan petani semenjak beberapa tahun lalu. Kisah bermula apabila ada petani yang pada asalnya pokok kelapa sawit ini agak melawas dan kurang berbuah dan setelelah mengaplikasikan dengan baja cecair telah mendapat hasil lebih baik (Sila anda lihat foto disebelah). Biarpun produk baja berasaskan cecair telah lama memasuki negara ini, namun akhir-akhir ini ia mulai menjadi perhatian ramai terutama dalam kalangan petani. Laporan akhbat tersebut menyatakan terbaharu, baja cecair ciptaan inovasi anak tempatan, Fastgrow yang dihasilkan oleh MQH Resources Sdn Bhd. kini dilihat bakal mampu untuk mencetuskan fenomena baharu dalam dunia baja cecair. Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, Fastgrow memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding inovasi jenama cecair lain. Menurut Pengarah Pemasaran, MQH Resources Sdn. Bhd., Hamzah Hamid, baja cecair atau lebih dikenali sebagai baja foliar (daun) merupakan alternatif terbaik bagi tujuan membantu pertumbuhan pokok. Seperti mana yang kita ketahui Malaysia sering dilanda musim panas yang pastinya menyukarkan penyerapan pokok terhadap baja sedia ada. Oleh demikian baja foliar atau cecair ini adalah merupakan alternatif bagi memudahkan penyerapan nutrisi oleh pokok. Menggunakan formula khas hasil kajian selama bertahun-tahun, Fastgrow yang dihasilkan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman untuk jangka masa panjang. Pengguna hanya perlu menyembur baja cecair ini pada batang, buah mahu pun daun bagi membantu pokok kembali segar dan sihat. Kedengarannya agak pelik bagaimana pun mengapakah mesti pada batang dan ia bukannya di tanah untuk proses penyerapan oleh akar, MQH Resources Sdn. Bhd. ada alasannya tersendiri.


Baja cecair Fastgrow didakwa berfungsi tidak seperti baja biji yang memerlukan air untuk proses melarut sebelum di serap oleh akar pokok. Oleh kerana Fastgrow merupakan baja cecair jadi ia boleh diserap oleh mana-mana bahagian pokok yang masih hidup seperti batang, buah, daun (untuk sayuran berdaun) dan pelbagai lagi bahagian pokok. Baja ini bersifat nutrisi tambahan (supplementary) yang bertindak untuk membaik pulih keadaan pokok yang bermasalah. Baja jenis Fastgrow juga tiada masalah untuk ianya digunakan bersama baja tabur yang lain. Terdapat sesetengah penguna yang menggunakan Fastgrow bersama baja biasa dan baja cecair itu adalah sebagai �makanan tambahan� kepada pokok.  Menerusi ujian lapangan, baja Fastgrow juga dilihat dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman. Pengguna boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas ramai petani menggunakan produk ini kerana penghasilan kuantiti buah yang banyak diperoleh setelah beberapa menggunakannya. Kini dalam usaha menghasilkan kuantiti tanaman yang lebih baik dan berkualiti, baja cecair ini tidak mencederakan fizikal pokok pada jangka masa panjang. Baja cecair ini telah diformulasikan dengan bahan-bahan yang seimbang dan cekap dalam memberi kelebihan serta penekanan kepada pemulihan pokok. Pokok sihat pastinya dapat meningkatkan penghasilan buah yang berkualiti serta berat buah yang dapat memberi kepuasan kepada semua pengguna. Dalam masa yang sama, baja tersebut dapat membantu meningkatkan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi Malaysia dalam sektor tersebut ke tahap yang membanggakan.


Baja cecair itu sesuai untuk digunakan kepada semua jenis tumbuhan namun menurut Hamzah dimana pihaknya sedang memberikan fokus kepada peningkatan hasil buah sawit. Ini kerana sawit merupakan komoditi utama negara ini. Kelebihan produk ini pada buah kelapa sawit adalah kerana  ia dapat meningkatkan penghasilan buah kelapa sawit, OER (perbandingan minyak mentah kelapa sawit) dan kualiti pada buah. Selain dapat membantu industri kelapa sawit agar dapat terus berkembang dengan lebih baik baja tersebut juga dapat membantu pekebun kecil, peladang serta agensi kerajaan dan swasta dalam meningkatkan hasil ekonomi mereka dalam sektor pertanian amnya. Baja Fastgrow didakwa dapat membantu ramai petani. Jika dahulu hasilnya hanyalah cukup-cukup menampung kos yang dikeluarkan bagi mengusahakan tanaman dan sedikit belanja dapur ada laporan dimana Encik Mohd. Ridzuan berumur 41 tahun mampu tersenyum lebar. Biarpun usahanya tetap sama dimana dia terpaksa menahan terik mentari dengan badan sentiasa dibasahi peluh namun segala usaha tersebut dilihat kian berbaloi. menurut beliau sebelum ini agak susah untuk mendapatkan kuantiti buah yang begitu banyak, besar dan cantik tetapi setelah menggunakan produk baja cecair pokok yang ditanam semakin sihat dan mampu untuk mengeluarkan hasil yang lumayan. Dia sendiri tidak menyangka akan mendapat peningkatan hasil sebegini kerana telah menggunakan pelbagai jenis baja sebelum ini. Dakwanya baja FastGrow ini agak lain daripada yang lain kerana sebelum ini tanaman timun yang saya usahakan seluas tiga ekar hanya mampu mampu mengeluarkan hasil sekitar empat hingga lima tan sahaja tetapi kini mencecah lapan tan. Sebelum ini dia telah menggunakan baja organik dan tidak pernah mencuba baja cecair.


Dalam testimoni lain, perkara yang sama juga turut diakui oleh pengusaha sawah padi dikenali dengan nama Mohd. Azman Bukhari berumur 53 tahun yang telah mengusahakan tanaman tersebut hampir 20 tahun. Bermula dengan mengusahakan sawah pada awal usia 20-an pesawah ini turut memberi maklum balas yang positif setelah menggunakan baja cecair tersebut. Dakwanya biarpun baharu menggunakan produk itu untuk musim pertama penanaman padinya namun keadaan padi yang menunduk serta butir isinya yang kelihatan penuh meyakinkan dan ia amat berkesan. Katanya baja ini tidak seperti baja lainnya dimana dilihat baja FastGrow yang dia gunakan mampu memulihkan keadaan pokok.  Apabila pokok yang ditanam sihat maka ia sekali gus menghasilkan buah (padi) yang lebih baik dan berkualiti. Selain memberi impak yang positif kepada pokok baja ini juga mesra terhadap alam sekitar dan mudah untuk digunakan. Pesawah hanya perlu bancuh bersama air (dilarutkan) mengikut kadar yang telah ditetapkan dan kemudian di sembur (mist) ke arah batang pokok sahaja. Walau bagaimanapun bagi petani lain iaitu Encik Mohd. Noor Azhaar dia menggunakan baja cecair tersebut sebagai baja tambahan kepada penggunaan baja sedia ada di ladang sawitnya. Kini beliau mendakwa hasilnya dia mampu menjimatkan penggunaan baja sedia ada dari 40 hingga 50 peratus setahun. Jika sebelum ini dia memerlukan anggaran 33 beg baja untuk keluasan ladang sekitar 10 hektar (ha) tetapi kini dia hanya memerlukan hanya separuh daripada jumlah tersebut dan selebihnya digantikan dengan semburan baja Fastgrow. Antara kelebihan baja cecair ini adalah ia lebih efektif ketika musim panas berbanding baja tabur yang sedia ada.  Disebabkan ia berbentuk cecair dan cara penggunaannya secara semburan maka ia lebih cepat diserap oleh pokok. Mungkin dimasa akan datang penggunaan baja cecair dikalangan petani akan terus meningkat dengan signifikan. Artikel subuh dalam anim agro technology kali ini diharap memberi infoo terbaik untuk anda. Wasallam!!!.
BAJA CECAIR... JADI FENOMENA...
APA YANG PENTING...CARA GUNA...
PERLU FAHAMI...KONSEP MEMBAJA...
KESAN POSITIF... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(7 Muharam 1439H)

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
NB :: Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code, membeli hardware elektronika untuk kepentingan Perusahaan maupun Tugas Akhir (TA/SKRIPSI), Insyaallah Saya siap membantu, untuk Respon Cepat dapat menghubungi kami, melalui :

No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com


atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Alhamdulilah hirobil alamin

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Artikel FENOMENA BAJA CECAIR, Diterbitkan oleh scodeaplikasi pada Selasa, 03 Oktober 2017. Semoga artikel ini dapat menambah wawasan Anda. Website ini dipost dari beberapa sumber, bisa cek disini sumber, Sobat diperbolehkan mengcopy paste / menyebar luaskan artikel ini, karena segala yang dipost di public adalah milik public. Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code ,Dengan Cara menghubungi saya Ke Email: Fajarudinsidik@gmail.com, atau No Hp/WA : (fajar) : 085369237896, (puat) : 085267792168.

Tawk.to