PEMBAJAAN TANAMAN (Manuring atau Fertilizer application) merupakan satu aktiviti penting dalam amalan agronomi tanaman. Selalunya kesuburan tanaman memang bergantung pada 3 perkara asas iaitu jenis baja, cara membaja dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya atau masa pembajaan yang tidak betul serta berlaku pembaziran. Pembajaan adalah bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya atau pun kehilangan disebabkan oleh fartur lain seperti larutresap, hakisan dan 'decay'. Kekurangan nutrien pada tanaman memang boleh menyebabkan proses tumbesaran tumbuhan akan terbantut. Antara tanda kekurangan pembajaan adalah dimana tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah atau media tanaman (Sistem Fertigasi) untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok. Kini sistem tanaman secara fertigasi dan NFT merupakan cara moden bagaimana sistem pembajaan diberikan mengikut kehendak tanaman dan penghasilan dapat dijadualkan dengan baik. Kaedah kovensional masih mengamalkan penggunaan baja ditabur diatas tanah atau semburan baja foliar. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana pembajaan penting dilakukan pada tumbuh-tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada dua kategori iaitu Baja Organik dan Baja Kimia. Penggunaan, formulasi dan kandungan kedua-dua jenis baja ini adalah berbeza dengan amat nyata. Lazimnya semua tumbuhan memperolehi unsur-unsur baja seperti C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, TE dan lain-lain lagi daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Unsur penting seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah. Kini masih ramai petani dikawasan kampong tradisional yang mempunyai pokok buah-buahan tidak melakukan pembajaan mengikut keperluan. Ini boleh menyebabkan hasil dusun dan tanaman mereka rendah. Apa pun mereka boleh memohon sijil My Organic jika dibuat audit pemeriksaan ladang persijilan ladang organik. Buah-buahan seperti buah manggis, durian, langsat, dokong, rambutan yang tidak pernah dibaja kimia atau penggunaan bahan kimia mungkin membolehkan hasil mereka dikategorikan sebagai ladang organik.
Dalam dunia baja dan pembajaan, terdapat dua kategori baja iaitu Baja Organik dan Baja Kimia. Baja Organik adalah baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Kini terdapat banyak jenis baja organik yang telah dikomersilkan dalam dan cara pembungkusan yang kecil dan menarik (Sila lihat foto disebelah - gunakan jenama Baja Organik). Baja Organik biasanya digunakan sebagai baja permulaan sebelum penanaman dilakukan. Penggunaan baja organik bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput dan tidak mengandungi patogen yang boleh menyebabkan serangan perosak dan penyakit kepada tanaman. Contoh baja organik yang sering digunakan adalah seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas atau kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. Baja oranik dikaitkan dengan kamanisan buah-buahan dimana ia sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Baja Kimia merupakan jenis baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur kepada tanaman. Diantara baja kimia yang sering digunakan seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow, Yara Milla dan sebagainya. Dalam mengenal mengenai baja kimia, ia sering didapati dijual dikedai-kedai pertanian dalam bungkusan mengikut spesifikasi masing-masing. Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis iaitu Baja Butiran Kompaun (compound fertilizer) dan juga Baja Tunggal. (single dressing fertilizer). Penggunaan kedua-dua jenis formulasi ini bergantung kepada tujuan pembajaan dan masa pembajaan. Baja Kompaun adalah jenis baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur. Lazimnya baja ini mempunyai formulasi pelbagai jenis unsur sepertu baja Sebatian NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE yang menyatakan komposisi unsur didalamnya. Baja Tunggal pula adalah jenis baja yang punyai satu jenis unsur sahaja. Antara jenis baja ini seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O) yang digunakan ikut tujuan masing-masing.
MEMBAJA POKOK... ADA CARA...
PILIH BAJA... SEMAK HARGA...
BAJA ORGANIK...ATAU KIMIA...
POKOK SUBUR... HATI GEMBIRA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint, 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 Muharam 1436H)
Kemaskini pada 22 Jun 2017.
Kemaskini pada 22 Jun 2017.
Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com
atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :