.:: Jasa Membuat Aplikasi Website,Desktop,Android Order Now..!! | | Order Now..!! Jasa Membuat Project Arduino,Robotic,Print 3D ::.

TEKNOLOGI MENANAM LENGKUAS (PART 1)

0 komentar


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
bismillaahirrahmaanirrahiim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

LENGKUAS (Alpinia galanga) merupakan sejenis sayuran umbisi yang dicari terutama di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Qurban untuk dibuat rendang. Apa pun bahan ini hanya ada dipasar atau dijual dengan kuantiti yang banyak semasa dua musim perayaan ini dan hanya sedikit dijual pada hari-hari biasa. Memang tidak ramai yang menanam lengkuas sendiri sebab kegunaannya juga adalah bermusim dan sedikit sahaja. Bagaimana pun penulis kali ini pada subuh hari raya puasa ke 2 berkelapangan untuk menulis teknologi menanam lengkuas sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca. Ini kerana dua hari lepas penulis blog membeli sepotong lengkuas di Pasaraya FS di Melaka dengan harga RM4.20 yang telah dibungkus. Lengkuas ini perlu dibeli untuk membuat rendang daging lembu bersama kerisek, daging lembu segar, santan kelapa paket dan pelbagai ramuan lain. Apa pun bagaimanakah cara menanam lengkuas dengan yang baik dan betul?. Anda mungkin telah tahu dimana proses pembiakan lengkuas ini boleh dilakukan menggunakan keratan umbisi atau pun biji. Bagaimana pun kaedah paling mudah dan sesuai dilakukan adalah dengan keratan umbisi. Bahagian umbisi atau dinegara jiran Indonesia dipanggil 'Rimpang' yang baik untuk dihjadikan benih adalah dibahagian hujungnya yang ada matatunas. Kerja menyediakan tanah dilakukan dengan menggemburkan tanah dan dibuat batas terutama dikawasan yang rendah. Jenis baja asas yang digunakan meliputi baja organi seperti tahu ayam, kompos dan baja buatan. Antara bahan lain diperlukan seperti racun rumpai untuk kawal rumput. Aktiviti menuai lengkuas boleh dilakukan pada semasa tanaman lengkuas berumur 2.5 - 3 bulan dengan tahap penjagaan optima. Penuaian lewat menghasilkan lengkuas lebih tua menyebabkan dimana ia mengandungi banyak serat kasar yang tidak sesuai di pasarkan. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana mengenai teknologi menanam lengkuas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penanaman lengkuas mudah dilakukan dengan menggunakan benih daripada keratan umbisi atau rizom lengkuas yang telah mayang. Sebaiknya pastikan benih keratan tersebut mempunyai tunas dan beberapa rizom lain dbersama (Sila lihat foto disebelah). Gunakan anak benih matang dimana perdu ini kemudian perlua dipecah-pecahkan menjadi beberapa ruas dengan 2-3 tunas dalam tiap pecahannya atau disesuaikan dengan rencana keperluan kebun. Umbisi yang tua sebaiknya dipilih yang beratnya 50 gram dan ukurannya semestinya agak seragam untuk dapatkan kadar pertumbhuan lebih baik Biasanya benih ini dapat bertunas di atas 3- 5 lapisan jerami atau sungkupan yang diletakkan diatas tanah. Penyemaian juga boleht dilakukan dahulu sebelum menanam di atas rak- rak kayu. Sebaiknya lakukan aktiviti penyiraman selama pebenihan dan peringkat awal penanaman sehingga pokok lengkuas sudah bertunas bertujuan membolehkan pertumbuhan berlaku dengan baik. Pertumbuhan tunas baru adalah mencukupi jika semua atau sebahagian besar mata rimpang sudah tumbuh sepanjang 1 -  2cm atau sekitar umur 3 - 4 minggu selepas menanam. Setelah benih tersebut mula bertunas sebaiknya dijaga dengan baik. Bagaimana pun kaedah terperinci menyediakan benih tanaman dan aktiviti penjagaan lanjut dibincangkan dalam para berikut dibawah.

Menyediakan benih tanaman lengkuas juga merupakan diantara peringkat asas pentingnya proses penanaman selanjutnya. Benih yang berkualiti adalah benih yang memenuhi syarat mutu genetik, mutu fisiologi (peratus kadar pertumbuhan yang tinggi) dan mutu fizikal yang diterima (Sila lihat foto disebelah). Apa yang dimaksudkan dengan mutu fizikal berkualiti adalah benih lengkuas tersebut bebas serangga dan penyakit. Antara kriteria penyediaan benih yang baik dimana bahan benih perlu diambil terus dari kebun induk (bukan dari pasar).  Kemudian ianya dipilih dari tanaman yang sudah tua iaitu yang telah berumur 9 -10 bulan. Sebaiknya juga ia dipilih pula dari tanaman yang sihat dimana kelihatan kulit benih umbisi tidak terluka atau melecet. Teknik penyemaian benih bagi tujuan pertumbuhan tanaman yang serentak atau seragam dengan benih tersebut jangan terus ditanam dalam kebun sebaiknya terlebih dahulu dicambahkan. Penyemaian benih lengkuas ini boleh dilakukan dalam peti kayu atau dengan batas semaian. Kaedah ini membolehkan anakbenih engkuas ini tumbuh seragam diatas semaian sebelum dialihkan kekebun tanaman.

Kaedah pertama semaian anakbenih lengkuas menggunakan kaedah iaitu menyemai pada peti kayu (Sila lihat foto disebelah). Umbisi yang dibuat benih ini yang baru dituai dari kebun lengkuas yang matang dipilih dan dijemur sementara (tidak sampai kering)dan kemudian disimpan sekitar 1-1.5 bulan. Kemudian patahkan rimpun rimpang tersebut dengan tangan dimana setiap potongan memiliki 3-5 mata tunas dan dijemur semula selama 0.5 - 1 hari dibawah sinaran matahari. Kemudian keratan atau potongan bakal benih tersebut dimasukkan ke dalam bakul beranyam yang jarang. Sebaiknya ia dicelupkan dalam  larutan racun kulat dan hormon 'growth regulator' selama 1 minit dan kemudian dikeringkan. Setelah itu benih tersebut dimasukkan kedalam peti kayu dimana cara penyemaian dengan peti kayu dengan meletakkan benih pada bahagian bawah atau dasar peti kayu. Ia diletakkan selapis kemudian di atasnya diberi media seperti sekam padi atau cocoapeat sehingga keparas permukaan kotak kayu. Biasanya selapas 2-4 minggu maka tunas akan keluar kepada permukaan semaian. 

Pilihan kedua menyemai benih lengkuas secara komersil boleh dilakukan diatas batas tanaman.  Penyemaian pada batas boleh dilakukan didalam rumah semaian dengan ukuran sederhana iaitu batas 10 x 8 m untuk menanam benih sebanyak 1,000 kg (1 mt)untuk keperluan seluas 1 hektar. Dalam rumah penyemaian tersebut dibuat batas dari tanah diratakan dan diletakkan diatasnya jerami padi setebal 10 cm. Benih umbisi atau rimpang bakal benih tanaman perlu disusun pada batas tersebut dan ditutup dengan bahan jerami untuk bbeberapa lapisan. Sebaiknya adalah menyusun benih tanaman sekitar 4 baris. Sebaiknya anakbenih perlu dibuat rawatan dimana ia dilakukan dnegan penyiraman setiap hari dan semburan racun kulat. Kemudian biasanya setelah 2 minggu maka umbisi akan bertunas  dan pastikan kualiti benih adalah seragam dan bebas daripada penyakit. Buat pengasingan dan penggredan benih dengan memilih anakbenih yang baik dan tinggalkan atau benih yang bersaiz kecil atau cacat. Benih yang telah melalui proses pemilihan ini boleh dipatah-patahkan dengan tangan jika saiznya terlalu besar dimana setiap potongan memiliki 3-5 mata tunas dan beratnya 40-60 gram. Dalam aktiviti untuk menyediakan benih lengkuas sebaiknya sebelum ditanam, beni ini dibebaskan dari ancaman penyakit dengan cara benin tersebut dimasukkan ke dalam karung dan dicelupkan ke dalam racun kulat selamar 8 jam dan kemudian ia dijemur selama 2-4 jam barulah sedia ditanam. Artikel ini terus bersambung dalam 3 siri iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga anda mendapat ilmu pengetahuan berguna hasil tulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM LENGKUAS... LUAS SAIZNYA...
BENIH PERLU DISEDIA... ADA PROSESNYA...
DALAM KOTAM... BATAS DIPERLUKAN JUGA...
MENUAI LENGKUAS... YANG BERKUALITI SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cencana 2. Taman Cendana,
Jalan Istana off Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1437H)

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
NB :: Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code, membeli hardware elektronika untuk kepentingan Perusahaan maupun Tugas Akhir (TA/SKRIPSI), Insyaallah Saya siap membantu, untuk Respon Cepat dapat menghubungi kami, melalui :

No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com


atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Alhamdulilah hirobil alamin

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Artikel TEKNOLOGI MENANAM LENGKUAS (PART 1), Diterbitkan oleh scodeaplikasi pada Selasa, 04 Juli 2017. Semoga artikel ini dapat menambah wawasan Anda. Website ini dipost dari beberapa sumber, bisa cek disini sumber, Sobat diperbolehkan mengcopy paste / menyebar luaskan artikel ini, karena segala yang dipost di public adalah milik public. Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code ,Dengan Cara menghubungi saya Ke Email: Fajarudinsidik@gmail.com, atau No Hp/WA : (fajar) : 085369237896, (puat) : 085267792168.

Tawk.to