MEE KOLOK merupakan sejenis makanan yang menjadi ikon Negeri Sarawak dan kini dimakan oleh rakyat Malaysia sebagai makanan yang enak dan disukai ramai. Terdapat banyak gelaran dan jenis mee kolok yang dijual sama ada namanya Mee Kolok Biasa, Mee Kolok Basah, Mee Kolok Sapi, Mee Kolok Istimewa dan sebagainya. Ada juga Mee Kolok yang diberi atas nama pemilik kedai, alamat premis jualan dan juga ikon popular. Apa pun penulis blog memang suka makan mee kolok bermula pada tahun 1995 semasa bertugas di Sarawak untuk selema 2.5 tahun disana. Pada awalnya memang tidak berapa suka makan mee kolok tetapi lama kelamaan apabila travelling kebanyak lokasi dan rasa pelbagai jenis mee kolok kini selalu mendapatkan makanan ini dibeberapa lokasi sekitar Lembah Kelang untuk tujuan memakannya. Dalam wikepedia dilaporkan dimana Mee Kolok atau pun digelar Mi Kolok (juga dieja mi kolo) atau Mi kering atau Mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai yang mana ia bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Terdapat banyak restoren atau gerai di sekitar Bandaraya Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Banyak bandar-bandar besar lain di Sarawak juga ada menjual mee kolok ini. Mi kolok yang asas adalah jenis mee kolok yang dihidangkan bersama kuah sup dan kicap (Sila lihat foto diatas). Ia enak dimakan semasa baru dihidangkan iaitu masih panas lagi dan memang kurang enak apabila mee kolok sudah sejuk atau mee didalamnya sudah kembang dan lembut. Pada masa ini telah banyak resepi mee kolok yang dimodernkan dan juga disesuaikan dengan keadaan semasa dan permintaan peminat makan mee kolok. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan ikon Negeri Sarawak iaitu Mee Kolok sekadar menjadi bahan bacaan anda semua.
Pembuatan mee kolok memang mudah sahaja berbanding dengan beberapa hidangan lain yang berasaskan mee. Bergantung kepada kegemaran masing-masing maka penyesuaian resepi mee kolok ini berbeza-beza. Paling tradisiinal dan asli adalah mee kolok yang mana bahan-bahan untuk membuatnya terdiri daripada (bahan-bahan 1 orang makan iaitu 1 gulung mi kering (Mi sanggul atau jenis Yee mee), 3 ulas bawang putih (dimayang), 2 sudu besar minyak, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar kicap cair, 4 helai daun sawi (potong 1 inci), 1/2 cawan daging atau daging ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi), 3 cawan air rebusan daging atau ayam, 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus), bahan perisa seperti garam, gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa. Lazimnya sebagai hiasan akan digunakan daun bawang dan bawang goreng secukupnya. Pada penulis blog yang kini sudah biasa menyediakan Mee Kolok cara membuatnya sudah menjadi mudah. Mula-mula denga memanaskan minyak untuk menumis bawang putih sehingga naik bau dan kemudian dimasukkan bawang besar serta dikacau seketika hingga layu. Kemudian adalah memasukkan bahan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging atau ayam dimana apabila sesuai dimasukkan bahan Mee Kolok dan biarkan sehingga sedikit lembut. Kemudian dimasukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa dan perlu dikacau seketika. Seteursnya perlu dimasukkan potongan, daging lembu atau daging ayam rebus yang telah dipotong nipis. Kemudian ia dimasak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. Seterusnya diangkat dan hidangkan segera dengan menghiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Ada yang menambahkan lada sulah jika suka. Diantara keunikkan rasanya kepada mereka yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee atau yee mee. Apabila dimakan dimana ada hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini lazimnya akan mengeluarkan aroma yang membuka selera.
Bagaimana pun kini ada resepi Mee Kolok Sarawak yang lebih popular dan mudah disediakan. Resepi ini menggunakan bahan daripada Mee Sanggul (3-4 Gulung), bahan perencah Sup (1 Sudu Besar), Daging Lembu (100gm), Bawang Putih (5 Ulas dicincang), Cili Api (8 Biji), Serbuk Lada Hitam (1 Sudu Kecil), Minyak masak (4 Sudu Besar), Kicap Manis (5 Sudu Kecil), Kicp Pekat (1 Sudu Kecil), Limau Kasturi (2 Biji dan ia diambil jusnya), Sos Ikan atau Sos Soya (1 Sudu Kecil), Cuka Makan (1 Sudu Kecil), Daun Bawang atau Daun Sup (dihiris) dan juga Air serta garam secukup rasa. Penulis yang suka kepada resepi ini memulakan cara membuat dengan meyediakan sup dengan merebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya dan ia perlu direbus sampai tekstur dagingnya empuk. Kemudian setelah masak sebaiknya ditoskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah sup ini supnya ianya boleh kelak dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air sahaja jika berkurangan. Cara Memasak Mee pula dengan merebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut selama 40 saat dan kemudian dikeluarkan dan ditoskan. Seterusnya perlu panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali untuk menggoreng bawang putih sehingga garing dan bila garing diangkat dan toskan. Seterusnya masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar sahaj sehingga masak menggunakan minyak bekas bawang tadi. Masukkan bahan perasa iaitu cuka, sos ikan atau sos soya dan sedikit garam. Keluarkan bamee ini dan diketepikan. Kemudian pada kuali yg sama dipanaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Seterusnya adlah dengan memasukkan kicap pekat dengan sukatan 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam dan dikeluarkan dari kuali. Cara memasak sambal pula dengan menumbuk atau mengisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula). Cara menghidang mee kolok unik kerana ia ada beberapa peringkat. Mulanya sediakan pinggan hidangan dan dimasukkan mee kokol dan dituangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga bahan iaitu semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.
Mee Kolok Hj Salleh Kuching memang sejenis produk tempatan mee kolok yang lama terkenal di bandar Kuching, Sarawak. Fenomena mee kolok tercetus di kalangan pengusaha gerai makanan di Kuching sejak tahun 90an lagi kerana keenakannya. Saya pun memang suka makan mee kolok di Sarawak. Kedai ini dulu ia cuma menumpang di gerai dan berpindah-pindah di beberapa kedai makan di Jalan Satok. Semakin hari semakin ramai pelanggan yang makan mee kolok disini. Pengusahanya adalah anak tempatan iaitu Tuan Hj Salleh telah membuka kedai di berhampiran jalan Flyover Satok yang mana penulis dulu memang beberapa kali makan dikedainya. Kini nama kedai dinamakan sebagai 'Sepinang Sari' dan sejarah menunjukkan kedai Mee Kolok ini mula dibuka pada tahun 1996. Kini ia telah diteruskan oleh anak-anak Tuan Haji Salleh dan keluarganya. Apa yang penulis dapat komen adalah rasanya memang enak. Komen pellanggan yang berikan info menyatakan mereka suka makan mee kolok Hj Salleh kerana rasanya cukup sebati dengan ramuan yang sebati dengan mee kolok. Terdapat kombinasi rasa lobak masin yang menyebabkan ia juga beri rasa bertambah sedap. Ia juga dimmasak dengan cukup sempurna dimana memang tidak pernah rasa mee mentah. Disamping itu terdapat cili padi dalam sos pedas memang power. Perlu diingat dimana kalau nak cari kedai ini hendak makan mee kolok kena hati-hati sebab sebelah kedai Sepinang Sari bukan kedai Hj Salleh. Kalau anda termakan sebelah halal haram tu tanggung sendiri dan sebaiknya tanya orang atau lihat signboard dulu. Daripada tinjauan mendapati ada selain daripada mee kolok yang disediakan ada menus lain dijual iaitu Mi Sapi Kolok (RM 5.50), Mee Sapi Kolok Special (RM 8.00), Mee Sapi Tendon (RM9.00), Mee Sapi Tendon Tulang (RM11.00), Sup Tulang (RM8.50), Sup Tandon (RM 9.50), Sup Tandon dan Tulang (RM12.00). Semuga tulisan ini memberi info kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...

NAMA MEE KOLOK...SARAWAK ASALNYA...
MESANGGUL DIGUNA... SUP BERSAMA...
ADA DAGING... SAMBAL DISEDIA JUGA...
ENAK DIMAKAN... BUAT SENDIRI SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Mee Kolok Hj Salleh,
Satok, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1438H)
MESANGGUL DIGUNA... SUP BERSAMA...
ADA DAGING... SAMBAL DISEDIA JUGA...
ENAK DIMAKAN... BUAT SENDIRI SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Mee Kolok Hj Salleh,
Satok, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1438H)
Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com
atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :