.:: Jasa Membuat Aplikasi Website,Desktop,Android Order Now..!! | | Order Now..!! Jasa Membuat Project Arduino,Robotic,Print 3D ::.

BURGER SAYUR - UNTUK KESIHATAN DAN ENAK

0 komentar
BURGER SAYUR (Vegetable burger) merupakan satu lagi produk yang agak asing berbanding dengan jenis burger konvensional iaitu Burger Daging Lembu dan Burger Daging Ayam. Ini kerana ia agak kurang dikenali atau dijual dipasaran terbuka seperti burger lain. Burger sayur bukanlah sejenis burger yang menggunakan sayuran semata-mata tetapi masih mempunyai komponen daging lembu atau pun daging ayam atau isi ikan. Bagaimana pun komponen utama dan terbanyak didalam burger sayur adalah jenis sayur-sayuran seperti tomato, salad, kobis, bawang, karot dan sebagainya. Kajau dikaji dari segi makanan segera seperti burger ini, tanyalah sesiapa pun tidak kira kanak-kanak mahu pun orang golongan dewasa, pasti kebanyakan mereka yang gemarkan sajian barat tidak kira dari negara timur tengah mahupun barat masih menjadi pilihan mereka. Antaranya kini terdapat makanan seperti burger, kebab, daging salai dan sebagainya yang merupakan makanan yang berasal dari luar negara dan mendapat tempat dikalangan ramai penduduk tempatan dibanyak negara. Kini ramai yang amat menyukai makanan seperti Nasi Arab, Sphagetti, Pizza dan sebagainya yang dahulu hanya dimakan oleh masyarakat luar negara tetapi kini di Malaysia semuanya telah ada dijual. Ini kerana selain daripada sajian tersebut amat mudah disediakan malahan ianya tidak memerlukan kepakaran khusus ketika proses penyediaannya. Mengambil contoh asas penyediaan burger yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya di negara ini, maka ada pelbagai variasi telah diperkenalkan selain mempunyai banyak citarasa berlainan seperti burger bakar, burger kukus dan lain-lain lagi. Artikel subuh raya ke 3 pada 1437H ini saya menulis dalm "Anim Agro Technology" mengenai burger sayur yang merupakan satu resepi makanan burger yang semakin digemari rakyat Malaysia.


Makanan segera seperti burger ini jika dilihat dari sudut kesihatan pula ada ramai kalangan masyarakat masih tidak lagi menyedari hakikat pengambilan makanan berproses seperti burger mempunyai kesan sampingan yang mampu memudaratkan kesihatan. Ini kerana makanan seumpama itu mengandungi kadar unsur lemak berlebihan yang boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi serta penyakit jantung. Bermula daripada kesedaran itu, ADA sekumpulan penyelidik dari Jabatan Pemakanan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) DI Kampus Kuantan mengambil inisiatif menghasilkan burger yang diperbuat daripada sayuran sekali gus kandungan lemaknya yang jauh lebih rendah. Aktiviti penyelidikan yang bermula sejak September 2013 itu hanya menggunakan jerami nangka muda sebagai bahan utama bagi menggantikan daging yang sedia maklum diketahui mempunyai kadar kolestrol dan lemak yang tinggi. Menurut Ketua Penyelidiknya, Dr. Ibrahim Abu Bakar menyatakan dimana kandungan air dalam burger sayuran ini adalah lebih tinggi berbanding burger biasa. Secara tidak langsung ia mampu menghalang penyerapan minyak yang banyak dalam burger ketika proses semasa penggorengan. Kini dengan jumlah kadar air yang tinggi menjadikan burger sayur itu mempunyai jumlah kandungan lemak rendah berbanding burger biasa selain kandungan seratnya juga tinggi kerana sifat semula jadi jerami nangka muda itu sendiri. Kini para penyelidik tidak menambah bahan pengawet atau pewarna tiruan yang tidak dibenarkan bagi memastikan burger sayur benar-benar selamat untuk dimakan oleh orang ramai.


Burger sayur menampilkan dua perisa utama iaitu Perisa Ayam dan Perisa Daging yang sesuai dimakan oleh semua golongan pengguna termasuk kanak-kanak kerana ia lebih lembut dan mudah untuk dikunyah  (Sila lihat foto dibawah). Ketika ditanya mengenai rasa serta teksturnya maka Ibrahim berkata rasa burger sayur ini hampir menyamai burger biasa yang telah ditambah dengan rasa nangka. Kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan daging burger tersebut adalah daripada jerami nangka muda dan 15 peratus adalah daging burger itu sendiri. Burger ini juga mempunyai tekstur yang lebih lembut, senang dikunyah malah mudah dihadam kerana sifat jerami nangka muda itu sendiri mempunyai serat yang tinggi. Kini dengan adanya burger sayur ini secara tidak langsung membantu ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur yang sedia maklum diketahui akan tinggi vitamin dan bahan mineral. Di samping itu juga burger ini dilihat mampu menjadi makanan alternatif kepada penghidap penyakit diabetes yang mempunyai keinginan untuk mempelbagaikan sajian harian. Sebagai rekod, produk burger sayur ini pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan rekacipta Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) selain beberapa pingat emas di pertandingan rekacipta di peringkat universiti seperti Pameran Ciptaan, Inovasi dan Penyelidikan (IRIIE 2013) anjuran UIAM dan I-Envec 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kita sama-sama menikmati burger sayur ciptaan ini dan cuba membelinya dipasaraya kelak apabila telah dikomersilkan dan mudah didapati. Negeri Pahang adalah negeri paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dalam 19 Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dimana buah yang sesuai diproses untuk menjadi burger sayuran amat banyak bekalannya. Semuga anda gembira dengan artikel pada subuh ini. Wasallam!!!....
BURGER SAYUR... PRODUK BARU....
UIAK KUANTAN... CIPTA BERMULA...
RASA ENAK... BEKALAN DIMANA...
SATU KEJAYAAN...UNTUK SEMUA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Istama,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1437H)
Dikemaskini tulisan pada 1 Jun 2017.
Suni

PAU CENDAWAN PUTRAJAYA - VIRAL!

0 komentar
PAU CENDAWAN kini menjadi viral dalam alam maya atas sebab keunikannya, keenakannya dan kehebatannya rupa yang tersendiri (Sila lihat foto diatas). Selain daripada rupa bentuknya yang sama dengan bentuk cendawan busut, pau cendawan juga dikatakan mampu menarik minat ramai orang kerana rasanya dan harganya. Kali pertama penulis melihat dan membeli kemudian merasa pau cendawan ini sudah tertarik dan terus membelinya di Putrajaya. Pencipta asal pau ini dan pembuat pau cendawan ini memang kreatif dan hebat kerana mampu menghasilkan produk yang merupakan sejenis makanan kesihatan yang kini telah dikomersilkan. Kuih pau diketegorikan sebagai makanan sihat kerana ia tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya dikukus sahaja semasa menyediakannya. Penulis yang melihat pau cendawan ini kemudian mendapati teknologi membuat pau cendawan adalah mudah dan hanya memerlukan sedikit kemahiran asas untuk membuat kuih yang hebat ini. Apa pun jika da masa kemudian kalau anda google di lamanweb maka memang ada banyak maklumat yang boleh didapati mengenai pau cendawan ini terutama pau jenis ini yang dijual di Putrajaya. Dilaporkan dimana ada peminat yang datang kelokasi tersebut semata-mata untuk mendapatikan pau tersebut dan beli untuk menikmatinya. Pada penulis blog produk seperti ini perlu diketengahkan sehingga kepada pau cendawan segar atau fresh dan juga dalam bentuk sejuk beku. Semua golongan peminat pau cendawan daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua dirasakan menggemari makanan ini kerana ia lembut, enak dan apa yang penting adalah ia mengenyangkan. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pau cendawan yang menjadi viral baru-baru ini di negara kita dan dilaporkan dalam akhba tempatan.

Dalam satu laporan akhbar yang ditulis oleh wartawan Mohd Husni Mohd Noor ianya ditulis dengan ayat pertama yang menarik iaitu "Kakak datang esok boleh, pau dah habis.� Itu dialog biasa diucapkan oleh pengusaha pau cendawan dikenali dengan nama Rohani Saleem kepada beberapa orang pelanggannya iaitu di tapak Bazar Ramadan Putrajaya yang terletak bersebelahan Istana Kehakiman di Presint 3 yang popular di sini (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan penulis blog mendapati apa yang agak mengecewakan adalah dimana ia berlaku apabila dialog pau sudah habis itu diucapkan seawal jam 5 petang setiap hari sejak awal bulan Ramadan. Sebenarnya kuih ini iaitu pau cendawan yang dijual Rohani dan suaminya, Hassan Ahmad sendiri terkejut apabila ia secara tiba-tiba menjadi fenomena penduduk di sekitar Putrajaya dan kawasan sekitar apabila kisah kelazatan dan keunikan pau seakan cendawan butang itu viral di laman sosial awal Ramadan lalu. Penulis beberapa kali kelokasi tersebut dimana telah sempat berkunjung di bazar Ramadan itu bagi melihat sendiri kesahihan viral itu dan terbukti ia benar apabila lebih 50 pelanggan dilihat sudah beratur bagi mendapatkan pau cendawan unik itu. Bayangkan apabila lebih 1,000 pau cendawan disediakan setiap hari terjual dalam tempoh tidak sampai sejam, malah setiap pelanggan dihadkan membeli hanya enam biji pau sahaja.

Dalam penerangan diberikan Pn Rohani berkata dia dan suami tidak menjangka pau unik mendapat sambutan luar biasa terutama selepas kisah pau itu diviralkan di laman sosial dan diviralkan. Katanya sejak beberapa minggu dia telah menghadkan jualan pau unik iaitu pau cendawan kepada enam biji sahaja bagi setiap pelanggan bertujuan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan merasai pau hebat itu. Usahawan ini telah dapat menghasilkan sekitar 1,000 pau sehari kerana kaedah menghasilkan pau itu memang lebih rumit daripada pau biasa. Pau ini dihasilkan seratus peratus menggunakan tangan secara manual walau pun ada usaha lain untuk menggunakan teknologi mesin dimasa akan datang. Dalam pada semasa ditanya lanjut penulis beliau ada menyatakan iaitu sebelum ini dia dan suami telah pun mengusahakan perniagaan pau sejak lima tahun lalu sebelum timbul idea menghasilkan pau unik itu menerusi sebuah dokumentari yang ditonton dari negara China. Pau cendawan itu memang dicipta dengan ianya mengandungi campuran atau ramuan diadun khusus terdiri daripada cendawan butang, tomato dan isi ayam yang dibentuk seperti cendawan menarik. Pada masa ini pau cendawan ini dijual pada harga RM3.50 sebiji dan RM10.00 bagi tiga biji. Beberapa pembeli yang berbaris yang ditemui penulis blog menyatakan mereka mengetahui keunikan pau itu selepas dimaklumkan rakan satu pejabat dan melalui suratkhabar sebelum dia datang sendiri untuk beratur mendapatkan pau cendawan itu. Semuga pau cendawan ini akan menjadi ikon makanan berasaskan cendawan yang sihat dimasa akan datang dan lebih mudah dibeli diseluruh negara. Wasallam!!!.
CANTIK DIPANDANG... PAU CENDAWAN...
DIPUTRAJAYA... BERBARIS DI JUALAN..
ENAK DIMAKAN...HARGA BERPATUTAN...
PENULIS BELI... BERULANG KEMUDIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D26, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 Rejab 1438H)
Suni

TANAMAN DURIAN BAWAH SPH?

0 komentar
DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang kini semakin popular diusahakan petani diseluruh negara. Pada masa ini dilaporkan terdapat seluas lebih daripada 104,000 hektar CHE tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Kebanyakan tanaman durian ini adalah ditanam sebagai durian bercampor dikawasan keliling kampong dan dusun bercampur. Bagaimana pun kini trend menanam durian monokrop dengan varieti Musang King atau Varieti Raja Kunyit (D197) semakin popular kerana permintaan tinggi terhadap durian varieti jenis ini dipasaran domestik dan antarabangsa. Beberapa varieti durian lain yang mendapat tempat dikalangan pekebun dan pengguna seperti Durian Ochee, Durian Hajah Asmah, Durian D24, Durian Tekka dan beberapa lagi. Bagaimana pun asalkan menyebut Durian Musang King semuanya akan berlumba-lumba mendapatkannya. Durian Musang King semasa lawatan penulis ke Raub adalah sekitar RM35.00 - RM45.00 sekilogram iaitu pada bulan April 2017. Sebelum itu sekitar bulan Disember 2016 - Febuari 2017 harga durian Musang King di Raub mencecah RM60.00 sekilogram. Ini disebabkan amat sukar untuk mendapatkan durian diluar musim biasa. Walau pun harga tanggi tetapi masih ramai kini yang mampu membelinya asalkan ia durian Musang King. Ini bermakna jika ada teknologi atau petani yang mampu mengeluarkan durian musang king diluar musim memang mampu meraih 'untung besar' setiap tahun. Bagaimana kaedah yang membolehkan petani mampu menghasilkan durian diluar musim iini?. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan satu idea hasil perbincangan dengan Encik Lim iaitu seorang pakar buah-buahan khususnya durian dan teknologi penggunaan baja khusus untuk memberikan aruhan terhadap pembungaan pokok durian. Beliau sedang berusaha untuk menanam durian dibawah struktur pelindung hujan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan durian diluar musim bagi mendapatkan harga terbaik.


Kebanyakan pokok durian yang ditanam di negara kita adalah sangat dipengaruhi oleh faktur cuaca iaitu suhu, kemarau dan kehadiran hujan. Lazimnya cuaca kemarau dan panas yang agak panjang pada bulan Januari hingga March akan membolehkan tanaman durian dapat menghasilkan bunganya. Bergantung kepada pengurusan tanaman durian yang dilakukan, selalunya pekebun ia akan menghasilkan buah durian pada bulan seawal Mei sehingga September dimana lazimnya memuncak pada Julai- Ogos setiap tahun. Jika hasil tuaian amat baik dari seluruh lokasi penanaman durian maka apa yang pernah berlaku adalah 'LAMBAKKAN DURIAN' yang menyebabkan harganya sangat rendah sehingga merudum RM0.50 sekilogram terutama bagi jenis durian kampong. Walau pun penduduk kampong akan tetap mengutip buah durian kampong yang kurang berkualiti untuk dijadikan pes atau tempoyak tetapi keadaan ini perlu dan sudah diubah. Kini Jabatan Pertanian sedang giat melakukan kempen menukarkan pokok durian kampong atau dari klon tidak popular kepada varieti popular seperti D197 melalui program cantuman dewasa, menanam baru dan sebagainya. Dibawah pembangunan Kluster Durian telah diluluskan bajet untuk tanaman durian  di daerah Raub, Kuala Krau dan beberapa lagi. Program ini dipercayai mamu menghasilkan durian dari varieti terbaik untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaiman pun tidak ada cadangan untuk menanam durian dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam program yang dilaksanakan ini.


Dalam penulis membuat perbicangan dengan En Lim ini beliau percaya jika pokok durian ditanam dibawah SPH  ianya mampu menghasilkan buah durian luar musim yang boleh dijual dengan harga tinggi. Ini kerana pokok durian perlukan cuaca kering dan pengairan terkawal selain daripada sistem pembajaan betul untuk menghasilkan bunga dan buah. Berdasarkan kepada sistem tanaman jambu bati dan pokok Jujubi yang dilakukan dikebunnya beliau percaya teknologi ini berupaya menghasilkan buah durian diluar musim. Walau pun kos untuk mendirikan SPH agak tinggi namun jika buah durian boleh dijual dengan harga sehingga RMl3bih RM50.00 sekilogram (niche market) memang cadangan ini berdaya maju. Ketinggian pokok dibawah SPH boleh dikawal dengan menjalankan program cantasan pembentukkan dari peringkat awal. Ketinggian SPH ini dicadangkan sekitar 20-25 kaki tingginya dengan elakkan dari hujan dari masuk kelokasi tanaman. Pemberian air menggunakan sistem pengairan yang boleh dikawal dan  begitu juga sistem pembajaan yang boleh memberikan kesan kepada pembungaan. Beberapa hormon berasaskan fish meal, High K, High K dan sebagainya sesuai diaplikasi untuk memberikan aruhan kepada pokok durian. Idea ini sesuai dilakukan untuk penanaman baru atau pokok sedia ada yang boleh dilakukan 'pollarding' atau dengan kaedah 'cantuman dewasa'. Walau pun idea ini mungkin menjadi 'bahan ketawa' ramai orang tetapi apa salahnya kalau ia dilakukan secara trial bersama beberapa pihak agensi penyelidikan dan pihak swasta. Apa yang penting adalah inovasi ini mampu menghasilkan buah durian pada luar musim atau mampu menghasilkan surian sepanjang tahun. Wallahhualam!. Wasallam!!!.  
POKOK DURIAN... TINGGI TUMBUHNYA...
BUAH BERMUSIM... MENGIKUT CUACA...
DIBAWAH SPH... PERLUKAH IA DICUBA...
BERPOTENSI BERBUAH...SETIAP MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 101, Hotel Jelai Raub,
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(28 Rejab 1438H).
Suni

PERTANIAN ORGANIK - FAKTA ASAS

0 komentar
PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) adalah sistem mengusahakan bidang pertanianyang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Pertanian cara ini juga didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik yang mana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem. Pada penulis blog anim agro technology yang banyak melawat ladang pertanian organik mendapati ianya adalah satu dari amalan agronomi yang boleh dinilai dan dipersijilkan melalui Skim MyOrganik. Melalui kaedah holistik yang diamalkan secara semula jadi, pertanian organik akan menyatukan kepelbagaian bio-semulajadi, kepelbagaian bio-pertanian dan juga aspek pemuliharaan tanah. Ia merupakan teknologi pertanian untuk membuka satu langkah ke hadapan yang dirancang untuk menghapuskan prnggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma ubahsuai genetik (GMO). Ini kerana perkara ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia tetapi juga flora dan fauna dan alam sekitarnya dan termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Antara beberapa kebaikan pertanian organik kepada masyarakat ialah dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah untuk jangkamasa lama. Ini disebabkan dimana pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh dimana amalan tanaman giliran yang dilakukaniaitu satu proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang berlainan. Amalan ini dilakukan kerana pada penanaman pertama ia boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Amalan ini juga akan menjaga kesuburan tanah agar dapat dikekalkan bahkan akan lebih subur daripada sebelumnya. Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta asas mengenai pertanian organik untuk dijadikan bahan perbincangan dan rujukkan.

Pertanian organik juga dirangka agar dapat mengeluarkan produk pertanian berbentuk makanan yang sihat dan selamat dimakan kepada orang ramai dan masyarakat. Konsep pertanian organik adalah untuk menghasilkan bahan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia serta selamat dimakan.Ini disebabkan tanaman bukan organik atau ditanam secara konvesnional sering menggunakan berjenis bahan kimia seperti baja dan racun kimia bagi mempastikan tiada berlaku serangan perosak dan penyakit serta unsur permakanan yang mencukupi untuk pokok tumbuh subur. Teknologi Pertanian Organik tidak menggunakan racun kimia perosak tetapi menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak. Sebagai contohnya kaedah kawalah haiwan perosak adalah dengan pemeliharaan jenis burung hantu dimana ia mengawal haiwan perosak seperti tikus sepanjang masa secara semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana tikus merupakan manan untuk burung hantu (Tyto alba) yang akan dapat dikawal. Jadi tanaman yang sering dimusnahkan oleh tikus akan dapat dikawal serangannya atau akan selamat daripada gangguan haiwan perosak tersebut. Daripada keterangan ini maka makanan daripada ladang pertanian organik adalah selamat untuk dimakan. Di samping itu teknologi tanaman organik juga akan membantu mengitar semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Proses pengitaran ini melibatkan prosesdimana organisma mikrob yang bertindak tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Lazimnya bahan organik seperti najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja tetapi ia dijadikan baja kompos dimana baja ini tidak mengandungi sebarang unsur-unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Proses untuk pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran. 


Pertanian organik juga mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal mahupun cara amalan kultura. Melalui kaedah ini rumpai dan serangga perosak dapat dikawal dengan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada petani dan penggunanya berbanding dengan penggunaan racun serangga (Sila lihat foto disebelah). Jika melihat kepada beberapa kes, terdapat juga pokok penangkis perosak seperti pokok serai (Cymbopgon citratus) yang didakwa mampu menghalau serangga perosak serta tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh itu beberapa jenis tanaman organik dapat membantu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal, mahupun kultura. Secara umum penulis blog kuat berpendapat dimana pertanian organik memberi banyak manfaat kepada kita. Selain daripada kaedah ini mampu untuk meningkatkan kesuburan tanah, teknologi tanaman organik juga bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk dimakan walaupun tanpa cucian. Pertanian organik juga membantu kita untuk membuang sisa-sisa daripada ke arah yang lebih berfaedah. Justeru itu, pertanian organik haruslah disokong dari segenap penjuru masyarakat terutama untuk penghasilan produk organik yang mendapat pengesahan dan persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Skim persijioan MyOrganik dan MyGap dilaksanakan selaran dengan hasrat negara untuk menjadikan bekalan makanan sentiasa dalam keadaan terjamin dan selamat dimakan.


Mengulas lanjut mengenai pertanian secara Organik dimana ia adalah usaha untuk kita menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang kesan yang mencemarkan alam sekitar. Maka penulis berpendapat memang tidak salah jika kita melabelkan pertanian organik adalah suatu amalan pertanian yang mesra alam. Antara beberapa kebaikan dalam mengusahakan pertanian organik ada 4 perkara asas. Pertama dimana ia mampu didalam meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Ini kerana kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi akan kesuburan tanah. Perkara ini adalah kerana cara pertanian organik yang dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran adalah asas dalam pertanian. Cara ini dilakukan dengan menanam lebih daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan.  Kebaikan kedua adalah dimana ia mampu menghasilkan produk bahan makanan yang selamat untuk dimakan. Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.


Kebaikan pertanian organik ke 3 yang penulis blog dapat fikir adalah dimana teknologi ini mampu untuk kita mengitar semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa tumbuhan dari kawasan kebun dan najis haiwan ternakan yang boleh diproses secara biologikal untuk kitar semula menjadi baja kompos dan sebagainya. Teknologi tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan cara kita menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan kaedah membuang begitu sahaja. Kebaikan pertanian organik ke 4 adalah dimana ia mampu mengawal rumpai dan perosak tanaman. Teknologi ini didakwa mampu mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya cara pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh juga digunakan untuk memasak. Hakikatnya teknologi tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi. Artikel mengenai pertanian organik ada saya tulis dalam beberapa rencana sebelum ini untuk dijadikan pautan dan bacaan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi. Semuga pembaca blog anim agro technology kali ini berpuashati dengan rencana ini. Wasallam!!!.
PERTANIAN ORGANIK... ADA BAIKNYA...
PERSIJILAN MYORGANIK.. ITU BUKTINYA...
HASIL KUALITI... MEYAKINKAN PENGGUNA...
PERLU DIGALAKKAN... KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Organik Highland and Sprout,
Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(8 Jamadilakhir 1438H)
Suni

SIMPOSIUM BIOSEKURITI TUMBUHAN 2017

0 komentar
SIMPOSIUM BIOSEKURITI TUMBUHAN 2017 telah pun diadakan dari 17-18 April 2017 di Darul Iman Training Center (DITC), Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Simposium tahunan yang dihadiri lebih daripada 150 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian, Pakar-pakar Biosekuriti, Para Saintis, Pegawai pengembangan dan Usahawan Pertanian ini dibuat untuk menampilkan beberapa perkara berkaitan dengan biosekuriti tumbuhan negara. Objektif simposium ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan pengusaha-pengusaha tani akan kepentingan Pengurusan Pewrosak Bersepadu (PPB) dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan mengenai perosak tanaman penting dimasa kin dan cara pengurusannya. Objektif ketiga adalah untuk dijadikan sebagai forum bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan status dan pengurusan perosak tanaman. Simposium ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi bin Yussof, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Komoditi Negeri Terengganu. Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Puan Faridah Aiini Muhammad mewakili Ketua Pengarah Pertanian, Tn Hj Nasir Warris (Pengarah Pertanian Terengganu), Dato' Hj Mohd Anim Hj Hosnan (Pengarah Pertanian Pahang), Tn Hj Ahmad (Pegawai Daerah Kemaman) dan beberapa Pengarah dibwah MoA Inc negeri. Dalam ucapan aluan oleh KPP dinyatakan simposium ini diadakan di Terengganu sempana serangan Kumbang Jalur Merah (RPW) yang melanda negeri ini dan beberapa kaedah kawalan telah dilaksanakan dengan baik. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.


DITC, Telok Kalong, Kemaman
Sebanyak 12 kertas kerja dibentangkan dalam simposium ini tidak termasuk dua kertas Ucaptama oleh Ketua Pengarah Pertanian bertajukk "Biosekuriti Tumbuhan Negara - Cabaran Masa Kini dan Masa Hadapan". Kertas ucaptama kedua juga diberikan oleh Pengarah Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian bertajuk "Pengurusan Perosak Bersepadu di Malaysia". Kertas ucaptama membentangkan akan kepentingan Biosekuriti Tumbuhan dan industri pertanian dan bekalan makanan negara. Biosekuriti adalah penting didalam menggabungkan pelbagai amalan bagi menghalang atau mengurangkan penyebaran dan kemusnahan akibat serangga perosak dan penyakit. Antara cabaran biosekuriti masa kini adalah seperti kekurangan pakar-pakar dalam bidang biosekuriti, fenomena perubahan iklim, peningkatan pergerakan keluar masuk dari luar negara termasuk juga tumbuhan dan manusia dimana ini akan menjejaskan keselamatan biosekuriti secara langsung. Kerajaan perlu proaktif didalam menangani masaalah biosekuriti negara demi menjamin keselamatan tanaman dan tumbuhan agar masih mampu mengeluarkan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan terkawal. Kerjasama diantara petani, pegawai pengembangan dan pakar dalam bidang biosekuriti perlu sentiasa ada dan pemantauan mesti dijalankan secara sistematik untuk mempastikan jika ada berlaku serangan maka aspek kawalan dapat segera dilakukan.


Dalam kertas ucaptama kedua telah pun dimaklumkan dimana Aspek Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pests Management) didefinasikan sebagai satu kaedah kawalan yang menggabungkan pelbagai kaedah dengan mengambilkira amalan agronomi yang sesuai, faktor-faktor ekologi dan biologi perosak dan tanaman bagi mengurangkan populasi perosak keparas rendah dan tidak mendatangkan kerosakkan ekonomik. Aktiviti IPM telah dimulakan di Malaysia semasnjak 1960'an lagi dengan beberapa jenis tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan kelapa. Bagaimana pun kini aktiviti IPM untuk tanaman makanan seperti tanaman padi, sayur-sayura, tanaman singkat masa dan buah-buahan lebih kerap dijalankan. Kini Jabatan Pertanian mempunyai kaedah kawalan IPM yang terbaik untuk sayur-sayuran seperti tanaman cili (Sila lihat foto disebelah).  Pennggunaan IPM sangat berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti 'surveilance' atau Pengawasan dan Ramalan yang memang perlu dijalankan. Penggunaan menyembur racun serangga seraca berjadual bukanyah satu kaedah yang baik tetapi semburan hanya perlu dilakukan apabila kadar serangan perosak mencapaii apa yang dikatakan sebagai ETL atau 'Economic Trheshold Level'. 


Pada penulis blog yang hadir dalam simposium ini amat gembira dapat mendengar bagaimana beberapa kertaskerja dapat dibentangkan dengan baik. Kertas 1 bertajuk "Pemerhatian Keberkesanan Penggunaan Perangkap Feromon bagi pengesanan dan kaedah pengawalan ulat pengorek batang tanaman padi" di tulis oleh pakar dari BBT Perak. Kertas 2 pula membantangkan akan kertas bertajuk "Pemerhatian Keberkesanan Perangkap Lampu dalam mengawal kehadiran Benah Perang (BPH) di Selangor". Kertas ke 3 berjudul "Perlaksanaan IPM dalam Jelapang Padi di Pahang" menjelaskan akan program tersebut yang melibatkan Ketua Pasukan Sawah di IADA Pekan dan IADA Rompin. Kertas ke 4 adalah bertajuk "Kaedah kawalan IPM untuk tanaman kelapa di Selangor" yang dibentangkan dengan beberapa kaedah kawalan IPM. Seteursnya adalah kertas khas dibentangkan oleh Pengarah Biosekuriti Tanaman Jabatan Pertanian bertajuk "Program Pengurusan dan Cabaran dalam Kawalan Kumbang Palma Merah atau RPW di rantau Asia dan Asia Pasifik". Kertas ini membentangkan banyak perkara tentang serangan kumbang RPW yang mengancam tanaman kelapa di malaysia khhususnya di Kelantan dan Terengganu. Kertas ke 6 bertajuk "Penggunaan agen biology Asecodes hispinarum bagi mengawal kumbang bronstispa dikawasan kelapa".


Kertas ke 7 adalah kertas menarik bertajuk "Pemerhatian keberkesanan agen Tiger Fly dalam mengawal perosak Pelombang Daun di lakukan di Cameroon Highlands". Kertas ke 8 bertajuk "Kulat Pharma herbarum sebagai agen kawalan biologi bagi Rumput Sambau" dimana ia dilakukan kajian oleh pakar khas daripada MPOB iaitu Dr Mohd Hefni. Kertas ke 9 adalah kertas bertajuk "Pengesanan penyekit Layu Bakteria Pisang di Semenanjung Malaysia" yang disampaikan oleh Dati Jalil iaitu Timbalan Pengarah BBT Kuala Lumpur yang dengan jelas menjelaskan akan senario serangan semasa. Kertas ke 10 merupakan kertas yang berkait rapat dengan penulis sendiri iaitu kertas bertajuk "Serangan Penyakit karat Nangka di Malaysia" kerana negari Pahang menrupakan antara kawasan yang menerima kesan serangan karat nangka untuk kawasan beberapa projek di TKPM. Kertas ke 11 bertajuk "Status serangan Penyakit Reput Teras Nenas di Projek RIPP di Rompin Pahang" oleh pegawai pakar daripada BBT Pahang.  Kertas ke 12 adalah kertas yang bertajuk "Serangan Balck Soldier Fly terhadap koloni kelulut" yang dibentangkan oleh BBT Terengganu. Penulis blog yang menjadi pengerusi panel mendapati banyak soaljawab diantara peserta,  usahawan tani dan pembentang kertas setiap sessi yang dijalankan, Tahniah kepada Bahagian BBT Jabatan Pertanian yang menjayakan simposium kali ini. Wasallam!!!...
SIMPOSIUM BIOSEKURITI...BAGUSNYA...
DI DITC KEMAMAN...TERENGGANU KITA.. 
DIBENTANGKAN... ADA12 KERTAS KERJA...
AMAT BERFAEDAH ... UNTUK SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, DITC Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(12 Syaaban 1438H)
Suni

KUMBANG BRONSTISPA - KAEDAH KAWALAN

0 komentar
KUMBANG BRONTISPA (Brontispa longissima) merupakan sejenis serangga perosak tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang baru ditemui di Malaysia. Serangga daripada order ini Coleoptera adalah daripada keluarga Chrysomelidae atau juga Cassidinae yang mana dikenali dengan nama biasa sebagai 'Hispine beetle' atau dalam bahasa kita sebagai Kumbang Brontispa. Kumbang ini mempunyai bentuk yang unik dan lazimnya menjadikan tumbuhan Perumah seperti tanaman Pokok Pinang (Areca catechu), Pokok Nipah (Nypa fruticans), Pokok Palma (Cargota smitis) dan beberapa pokok Palma Hiasan lain seperti jenis Typha angustifolia. Serangga ini memang boleh menjadi wabak serius jika tidak dikawal dimana ia mampu merosakan bahagian daun pokok kelapa dewasa dan lebih teruk pada anak pokok kelapa yang baru ditanam. Serangga yang berasal dari Indonesia dan Papua New Guinea ini telah direkodkan sebagai perosak yang Endemik di Indonesia dan Papua New Guinea dimana kini ia telah merebak ke seluruh Asia Tenggara termasuk negara kita. Serangga ini merupakan sejenis perosak eksotik di Malaysia dimana ia telah dijumpai hadir dibeberapa negeri oleh Jabatan Pertanian iaitu di Negeri Terengganu, Melaka, Pahang dan Perak. Sementara itu kini di Negeri Johor dan juga negeri Selangor dilaporkan telah berlaku agak serius serangannya dari laporan pemantauan yang dilakukan. Artikel malam khamis ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis serangga iaitu Kumbang Brontispa yang mampu mengancam industri kelapa dan berkemungkinan akan menyerang tanaman kelapa sawit. Penulis sebenarnya merujuk kepada kertas teknikal yang dibentangkan dalam Simposium Biosekuriti Tumbuhan Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di DITC, Telok Kalong, Kemaman, Terengganu yang dihadiri baru-baru ini.

Daripada maklumat yang dipetik daripada Jabatan Pertanian, keujudan kumbang Brontispa ini telah menyerang tanaman kelapa di Maldives dan Vietnam sebagai endemik pada tahun 1999. Ini diikuti dengan berlaku serangan serius pada tahun 2000 di Thailand dan tahun 2001 di Laos PDR dan juga Kemboja (Sila lihat rajah diatas). Seterusnya pada tahun 2002 telah juga dilaporkan kumbang brontispa didapati telah menyerang Hainan Island diikuti dengan tahun 2004 di Myanmar dan pada tahun 2005 dilaporkan menyerang negara Filipina. Di Malaysia pula ia mula direkodkan pada tahun 2005 oleh beberapa pegawai dari Jabatan Pertanian iaitu di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan. Penulis percaya ia mungkin telah wujud lebih awal daripada 2005 tanpa disedari oleh petani dan Jabatan Pertanian berdasarkan kajian rapi yang dijalankan. Apa yang dilaporkan sebelum ini, sehingga tahun 2004 hanya terdapat sejenis perosak kumbang iaitu spesis Plesispa reichi sahaja yang ada dikawasan kelapa terutamanya di kawasan pesisir pantai dimana banyak tanaman kelapa. Laporan ini adalah berdasarkan kepada rekod terawal dimana kumbang jenisPleisspa reichei menyerang kelapa di Johor pada tahun 1912 (Corbett, G.H., 1923). Jika ini dijadikan panduan, bermakna kemasukkan perosak ini mungkin dibawa masuk kedalam negara melalui Thailand atau juga Indonesia (jauh sedikit). Kemasukan pengimpotan tanaman pamla hiasan daripada negara jiran Thailand ke Malaysia melalui pintu darat masuk utara Semenanjung Malaysia mungkin telah membawa masuk sama kumbang ini kenegara kita. Ia kemudian terus merebak sehingga terdapat banyak kawasan lain di Malaysia dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. 

Lazimnya serangan dan kerosakan yang dilakukan oleh Kumbang Brontispa ini adalah berbeza di antara jenis palma. Pemerhatian juga mendapati jenis tanaman kelapa varieti Hibrid MATAG adalah lebih serius teruknya berbanding dengan kelapa jenis MYD, pokok Manila palm dan juga pokok dari jenis Veitchia merrili. Walau pun sehingga artikel ini ditulis belum menemui tanda ia menyerang kelapa sawit, namun pemantauan rapi perlu dijalankan sekerap mungkin diseluruh negara. Kajian yang dibuat pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma (Sila lihat larva rajah kumbang Brontispa). Apa yang terjadi kemudian keluar simptom yang menyebabkan daun seperti terbakar (�leaf burn�) dimana ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Selau juga berlaku serangan teruk yang beoleh menyebabkan pengurangan hasil buah kelapa. Apa yang menyedihkan adalah jika ia melakukan serangan ke atas pokok muda menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akhirnya anakbenih kelapa boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Serangan kumbang brontispa ini hanya akan diketahui apabila daun baru keluar dan tanda kerosakan dapat dilihat (Sila lihat foto dibawah) dimana terdapat warna kehitaman pada bahagian daun yang diserang. 

Dalam kita hendak kenal akan kumbang brontispa lazimnya perlu membuat rujukan. Jika kita hendak buat diagnosis berikut adalah pencirian bagi kumbang dewasa mempunyai saiz panjang sekitar 8.5-9.5 mm dan lebarnya adalah sekitar 2.0-2.5 mm. Kumbang ini berbadan leper dan meruncing dimana Kumbang Jantan kebiasaannya lebih kecil dari betina (Sila lihat foto paling atas). Kumbang brontispa mempunyai warna coklat kemerahan dan kehitaman, elektra coklat atau hitam dan ada bertanda seperti bentuk terpintal pada elektra. Ciri paling unik bagi kumbang ini adalah pada bahagian Toraks berbentuk segi empat dan dapat dilihat dengan jelas. Dari segi biologi dan ekologi, lazimnya pada semua peringkat hidup kumbang brontispa berada dalam bahagian pucuk kelapa yang belum terbuka. Ini bermakna untuk mencari kumbang ini perlu memeriksa pucuk pokok kelapa dimana jika pokok kelapa sudah tinggi memang agak sukar untuk melakukannya. Kaedah yang sesuai untuk mengetahui keujudan kumbang ini melalui pemasangan perangkap khas. Bagaimana pun pada anak pokok kelapa yang baru ditanam kita boleh memeriksanya. Kumbang betina akan bertelur seawal umur 15 hari dimana lokasinya adalah pada bahagian pucuk kelapa. Saiz telur sekitar 1.8-2.0 mm dengan kapasiti bertelur sehingga 100 biji atau lebih. Kumbang ini apa yang saya lihat mempunyai sebanyak 4 peringkat instar larva dimana pada larva instar ke 4 bersaiz 7.0 mm - 8.0 mm. kajian menunjukkan bahawa jangka masa daripada peringkat telur hingga kepada peringkat dewasa adalah sekitar 35 - 42 hari. Keseluruhan jangka hayat kumbang brontista adalah sehingga 6 bulan. Kepada mereka yang ingin maklumat lanjut mengenai kumbang ini boleh menghubungi pegawai Teknikal Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!.
KUMBANG PEROSAK...IA BRONTISPA...
SUKA MENYERANG...PUCUK KELAPA...
TAHUN 2005... MULA ADA DIMALAYSIA...
PERLU DIKAWAL... KERANA BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Pertanian Lekir (Unit Kelapa),
Lekir, Manjung,
Perak, Malaysia.

(2 Zulhijjah 435H)
Suni

PENYAKIT TANAMAN NANGKA

0 komentar
TANAMAN NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis buah tropika yang semakin popular di negara kita dengan beberapa varieti yang berpotensi untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog yang juga banyak menulis rencana mengenai tanaman nangka dan memberi khidmat kepakaran teknikal kepada ramai pegawai petani mendapati tanaman ini berupaya memberikan pendapatan baik jika harga ladang dan pasaran berjalan dengan baik. Penelitian penulis mengenai keluasan tanaman nangka mendapati telah meningkat daripada seluas 4,334.2 hektar pada tahun 2013 kepada seluas 6,245 hektar pada tahun 2015. Daripada buku ststistik perangkaan tanaman oleh Jabatan Pertanian menunjukkan jumlah pengeluaran hasil nangka sebanyak 29,578 mt pada tahun 2015 dan ianya terus meningkat saban tahun. Negeri pengeluar utama bagi nangka adalah Pahang diikuti dengan Negeri Sembilan dan Johor. Beberapa TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di Negeri Pahang hanya mengusahakan tanaman nangka varieti Tekam Yellow (J33) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Jelai, TKPM Serengkam, TKPM Lebu dan banyak lagi. Selain itu beberapa GLC seperti PASFA, LKPP dan syarikat swasta juga telah menanam nangka di Pahang. Dalam pada itu jumlah eksport buah nangka telah terus meningkat kepada sebanyak RM12,23 juta dalam tahun 2015 dengan sasaran seperti ke Hong Kong dan United Kingdom. Di Malaysia sebanyak 15 varieti nangka telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dalam National Variety Listing iaitu J2, J27, J28, J29, J30, J31, J32, J33, J34, J35, J36, J37, J38, J39 dan juga J40 (Untuk penjelasan lanjut - Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya beberapa varieti nangka sahaja yang disyorkan (recommended) untuk penanaman komersil iaitu varieti J29, J31, J32, J33 (Tekam Yellow), J34 (Golden Jackfruit-Hong), J35 (Crystal Jackfruit 1), J36 (Crustal Jackfruit 6) dan juga J37 (USM 2000-Mastura). Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa penyakit tanaman nangka yang perlu anda ketahui dan fahami.

(1) Penyakit Reput Buah Nangka.

Penyakit reput buah nangka adalah sejenis penyakit yang menyerang buah nangka dan ia menyebabkan hasil tanaman anda berkurangan. Penyakit ini disebakan oleh kulat yang dikenali dengan nama Lasiodiplodia theobromea dan juga Rhizopus spp. Daripada buku rujukkan dan pemerhatian penulis dibeberapa lokasi yang ada tanda serangan mendapati antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti (1) Bahagian empulur kelihatan kehitaman bermula daripada bahagian tangkai buah nangka sehingga keseluruhannya (Sila lihat foto disebelah). Simptom ke 2 adalah dimana terdapat bintik perang karat pada isi dan jerami buah dan simptom ke 3 dimana bunga nangka akan menjadi reput dan diseliputi miselium hitam. Seterusnya yang ke 4 adalah dimana serangan pada tangkai dan buah nangka akan bermula dengan bintik kecil dan membesar menjadi coklat kehitaman serta reput lembut. Bagaimana pun petani perlu tahu bagaimana pengurusan penyakit ini perlu dilakukan. Pertama sekali perlu mengamalkan amalan pertanian yang baik, buang dan musnahkan bunga dan buah yang berpenyakit sama ada atas pokok atau yang gugur serta sentiasa menjaga kebersihan ladang. Sebaiknya perlu menanam benih nangka daripada verietu yang rentang atau tahan kepada penyakit reput buah. Ke 4 adalah dimana petani kena pastikan amalan pembajaan dan pengapuran adalah sempurna. Sebenarnya apabila berlaku serangan penyakit teruk maka lakukan semburan racun kulat jenis kuprum pada bunga, buah dan tangkainya. Penyakit ini perlu dipantau selalu didalam kawasan kebun.


(2) Penyakit Mati Rosot Nangka

Penyakit Mati Rosot Nangka atau dikenali dengan nama lain sebagai Branch Dieback atau Bacterial Blight disebebkan oleh patogen kulat iaitu Ervinia caratovora. Penyakit ini cepat merebak dan kemudian akan menyerang dahan dan batang. Daun pokok nangka akan menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Apa yang perlu diperhatikan adalah jika berjangkit pada batang utama maka keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya akan terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Penyakkit ini jika dikenalpasti dalam kebun perlu dibuat kawalan dengan segera agar tidak membahayakan pokok nangka lain. Kawalan yang sesuai dilakukan dengan membersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan perumah atau sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk sehingga tiada patogen yang tertinggal dalam kebun. Sebaiknya dipotong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang dilokasi lain (elakkan membakarnya dalam kebun). Selau beringat agar membersihkan alat memangkas dengan bahan disinfektan seperti bahn alkohol 90% sodium hydroxide 10% terlebih dahulu untuk elakkan ia berjangkit kepada pokok lain.


(3) Penyakit Reput Pangkal Batang Nangka
Penyakit Reput Pangkal Batang Pokok Nangka (Phythopthora root rot atau Stem Rot in Jackfruit) merupakan penyakit yang disebebkan oleh patogen kulat Phythopthora palmivoraReput akar (Foot rot) akan berlaku dikawasan yang sering berair atau lembab. Lazimnya simptom awal dimana pokok menjadi kuning dan terbantut. Daun dan dahan kecil mudah gugur sehingga pokok kelihatan tidak berdaun. Pokok akhirnya boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. kaedah kawalan adalah dengan menbaiki sistem saliran dalam kebun dan juga boleh menggunakan bahan kimia seperti Captafol atau Etridiazole. Semburkan bahan kimia tersebut disekeliling bahagian pangkal pokok nangka dan juga di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya patogen Phytophthora telah dapat dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang nangka dan sentia mencantas dahan-dahan nangka mulai dari pangkal pokok hingga 1 meter atas tanah. Jangan guna baja nitrogen berlebihan kerana in boleh menyebabkan berlakunya kes serangan penyakit ini. Sebaiknya buang semua pokok-pokok yang berpenyakit dan musnahkan dengan membakarnya. Satu lagi dengan membuat cantasan 'open-center' agar boleh mendedahkan tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari. Jika membuat pemantauan diladang nangka dan melihat simptom daun menjadi layu, kuning dan gugur maka ia perlukan penelitian jika ia penyakit jenis ini. Jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.

(4) Penyakit Bronzing Nangka
Penyakit Bronzing ini merupakan sejenis penyakit yang menyerang tanaman nangka dan dikelaskan sebagai penyakit baru yang mula dijumpaii di Filipina. Ia agak unik kerana antara simptom penyakit ini adalah berlakunya simptom perubahan warna oren kekuningan dalam buah nangka. Ia juga akan kelihatan warna seperti 'merah' pada bahagian jerami dan bahagian isi (Sila lihat foto disebelah). Kajian saintis mendapati penyakit ini adalah disebabkan oleh patogen iaitu Pantoea stewartii (Smith) Mergaert et al. Daripada pemantauan dan pengawasan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian mendapati belum ada kawasan di Pahang yang mempunyai simptom penyakit seperti ini dilaporkan. Bagaimana pun pemantauan rapi perlu dibuat dibeberapa negeri seperti di Negeri Sabah jika ada kemungkinan penyakit ini berlaku. 
Semuga artikel diatas dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.. 

SEMAKIN POPULAR...MENANAM NANGKA...
VARIETI TEKAM YELLOW... ITU VARIETINYA...
4 PENYAKIT ... PERLU SEMUA KENALINYA...
ARTIKEL DITULIS...JADI RUJUKKAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Serengkam, Maran,
Pahang, Malaysia.
(28 Rejab 1438H).
Suni

Tawk.to