PUCUK DAUN MERANTI (Solanum nigrum var patch) kini merupakan sejenis sayuran diambil daripada tumbuhan yang lazimnya tumbeh meliar daripada keluarga Solanaceae yang kurang dikenali. Bagaimana pun kini telah ada petani yang mengusahakan tanaman sayuran pucuk meranti secara komersil dibeberapa lokasi termasuk di Johor dan Selangor hasil daripada tinjauan penulis blog. Pada masa dulu orang kampong saya memanggilnya sebagai Sayur Meranti, Sayur Ranti atau pun Sayur Pahit. Tumbuhan ini lebih dianggap sebagai tumbuhan jenis rumpai dikawasan kebun kerana ia tumbuh sendiri terutama selepas aktiviti menebang pokok getah dan tanah terdedah terus kepada cahaya matahari. Bagaimana pun kawasan tanah gambut yang terbakar dan banyak humus lazimnya pertumbuhan pokok meranti ini lebih banyak dan subur. Ramai generasi baru kurang kenal apa lagi suka makan sayur meranti ini kerana ia memang semulajadi 'PAHIT'. Kepandaian resepi memasak sayur meranti ini amat penting kerana jika dimasak terlalu lama masa rasa pahit akan hilang atau berkurangan. Pada penulis yang memang dulu suka makan sayur pucuk meranti dimakan dengan nasi putih panas dan ikan kering. Sayur daun meranti kadang-kadang ada dijual di pasar malam atau mana-mana pasar tradisional. Memang sukar untuk anda mendapatkan bekalan sayur daun meranti di bandar-bandar kerana permintaannya juga kurang. Saya belum jumpa lagi satu kebun tanaman sayur daun meranti secara komersil di Malaysia, tetapi jika ada pun ia tumbuh sendiri di dalam kawasan kebun. Artikel subuh Selasa ini saya menulis khusus mengenai sayur pucuk daun meranti dalam 'Anim Agro Technology' selepas balik kampong di Gersik, Ledang, Johor untuk bacaan anda.
Tumbuhan sayur daun meranti adalah tumbuhan renek setinggi 30 cm - 120 cm dengan dahan yang lembut dan daun berwarna hijau gelap. Ada beberapa rujukkan menyatakan terdapat dua jenis daun meranti iaitu Daun Meranti Gajah dan Daun Meranti Biasa dimana pada artikel ini saya hanya merujuk kepada daun meranti biasa sahaja. Daun pokok meranti adalah berbentuk ovat dan mempunyai ukuran diantara 4 - 6 cm panjang dan 2.0 - 3 cm lebar dengan susunan bersilang. Warna daun adalah hijau kegelapan pada daun yang cukup matang. Bunga sayur meranti lazimnya mempunyai kelopak berwarna putih atau kehijauan dengan bahagian tengahnya kekuningan. Ukuran bunganya juga kecil sekitar 5 - 8 mm sahaja dan biasanya akan menghasilkan buah berbentuk beri yang kecil berwarna hijau. Bahagian yang digunakan untuk dijadikan sayur daun meranti adalah bahagian daun yang masih lembut dan dipetik dengan tangan. Ada laporan yang menyatakan sebenarnya sayur daun meranti mempunyai kadar toksik yang tinggi. Kaedah masak dikatakan mampu mengurangkan kandungan toksik dan pahit pada sayur daun meranti.
Daun meranti yang dipetik dari kebun perlu dibersihkan dahulu sebelum dicelur atau di rebus dengan air panas bertujuan untuk mengurangkan rasa pahit. Walau pun ramai juga orang yang suka untuk masukkan terus daun sayur meranti untuk dijadikan sayuran. Paling popular menu masakan sayur ini adalah di masak Sayur Meranti Masak Lemak (Lemak Biasa atau Cili Api), tetapi saya suka masak tumis daun meranti dengan tempe. Cara menyediakan menu ini tidak susah dan boleh dipelajari dari mana-mana buku resepi atau dalam banyak blog. Menu ini biasa dihidangkan dengan nasi putih panas-panas dan dihidang bersama ikan kering (ikan masin), sambal belacan atau Ikan Goreng. Khasiat sayur daun meranti belum banyak kajian yang dijalankan dan mungkin ada saintis yang akan mengaitkan sayur ini dengan produk kesihatan kelak. Bagi memasak resepi 'Bening Meranti' penulis paparkan bahan yang diperlukan iaitu 1 ikat pucuk meranti yang mana dilurut daunnya, 50gm suhun yang direndam air dan ditoskan, sekeping tauhu kering yang perlu direndam air dan ditos, 3 biji bawang merah yang perlu ditumbuk kasar, 2 ulas bawang putih juga ditumbuk kasar, 10gm ikan bilis juga ditumbuk kasar, 1.5 liter air dan bahan perasa garam secukup rasa. Cara memasak adalah mudah dengan menyediakan sebuah periuk dan kemudian dituangkan air dan dididihkan. Langkah seterusnya memasukkan bahan ramuan yang telah ditumbuk. Kemudian dikacau dan didih sehingga pucuk meranti menjadi layu. Kemudian masukkan pula pucuk meranti dan bahan yang direndam. Masak sehingga layu dan lembut. Kemudian diberi bahan perasa dengan garam atau bahan perisa lain secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Apabila siap untik dimakan maka sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan bersama keluarga. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
SAYUR DAUN MERANTI...PAHIT RASANYA...
MASAK LEMAK.... IKAN MASIN LAWANNYA...
KUTIP SENDIRI... ANDA KENAL POKOKNYA?...
SAYUR TRADISI ....BAGAIMANA RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist
Room 235, Hotel Mutiara,
Taman Abad, Johor Bahru,
Johor, Malaysia..
(13 Syaaban 1438H)

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com
atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :