DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang kini semakin popular diusahakan petani diseluruh negara. Pada masa ini dilaporkan terdapat seluas lebih daripada 104,000 hektar CHE tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Kebanyakan tanaman durian ini adalah ditanam sebagai durian bercampor dikawasan keliling kampong dan dusun bercampur. Bagaimana pun kini trend menanam durian monokrop dengan varieti Musang King atau Varieti Raja Kunyit (D197) semakin popular kerana permintaan tinggi terhadap durian varieti jenis ini dipasaran domestik dan antarabangsa. Beberapa varieti durian lain yang mendapat tempat dikalangan pekebun dan pengguna seperti Durian Ochee, Durian Hajah Asmah, Durian D24, Durian Tekka dan beberapa lagi. Bagaimana pun asalkan menyebut Durian Musang King semuanya akan berlumba-lumba mendapatkannya. Durian Musang King semasa lawatan penulis ke Raub adalah sekitar RM35.00 - RM45.00 sekilogram iaitu pada bulan April 2017. Sebelum itu sekitar bulan Disember 2016 - Febuari 2017 harga durian Musang King di Raub mencecah RM60.00 sekilogram. Ini disebabkan amat sukar untuk mendapatkan durian diluar musim biasa. Walau pun harga tanggi tetapi masih ramai kini yang mampu membelinya asalkan ia durian Musang King. Ini bermakna jika ada teknologi atau petani yang mampu mengeluarkan durian musang king diluar musim memang mampu meraih 'untung besar' setiap tahun. Bagaimana kaedah yang membolehkan petani mampu menghasilkan durian diluar musim iini?. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan satu idea hasil perbincangan dengan Encik Lim iaitu seorang pakar buah-buahan khususnya durian dan teknologi penggunaan baja khusus untuk memberikan aruhan terhadap pembungaan pokok durian. Beliau sedang berusaha untuk menanam durian dibawah struktur pelindung hujan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan durian diluar musim bagi mendapatkan harga terbaik.
Kebanyakan pokok durian yang ditanam di negara kita adalah sangat dipengaruhi oleh faktur cuaca iaitu suhu, kemarau dan kehadiran hujan. Lazimnya cuaca kemarau dan panas yang agak panjang pada bulan Januari hingga March akan membolehkan tanaman durian dapat menghasilkan bunganya. Bergantung kepada pengurusan tanaman durian yang dilakukan, selalunya pekebun ia akan menghasilkan buah durian pada bulan seawal Mei sehingga September dimana lazimnya memuncak pada Julai- Ogos setiap tahun. Jika hasil tuaian amat baik dari seluruh lokasi penanaman durian maka apa yang pernah berlaku adalah 'LAMBAKKAN DURIAN' yang menyebabkan harganya sangat rendah sehingga merudum RM0.50 sekilogram terutama bagi jenis durian kampong. Walau pun penduduk kampong akan tetap mengutip buah durian kampong yang kurang berkualiti untuk dijadikan pes atau tempoyak tetapi keadaan ini perlu dan sudah diubah. Kini Jabatan Pertanian sedang giat melakukan kempen menukarkan pokok durian kampong atau dari klon tidak popular kepada varieti popular seperti D197 melalui program cantuman dewasa, menanam baru dan sebagainya. Dibawah pembangunan Kluster Durian telah diluluskan bajet untuk tanaman durian di daerah Raub, Kuala Krau dan beberapa lagi. Program ini dipercayai mamu menghasilkan durian dari varieti terbaik untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaiman pun tidak ada cadangan untuk menanam durian dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam program yang dilaksanakan ini.
Dalam penulis membuat perbicangan dengan En Lim ini beliau percaya jika pokok durian ditanam dibawah SPH ianya mampu menghasilkan buah durian luar musim yang boleh dijual dengan harga tinggi. Ini kerana pokok durian perlukan cuaca kering dan pengairan terkawal selain daripada sistem pembajaan betul untuk menghasilkan bunga dan buah. Berdasarkan kepada sistem tanaman jambu bati dan pokok Jujubi yang dilakukan dikebunnya beliau percaya teknologi ini berupaya menghasilkan buah durian diluar musim. Walau pun kos untuk mendirikan SPH agak tinggi namun jika buah durian boleh dijual dengan harga sehingga RMl3bih RM50.00 sekilogram (niche market) memang cadangan ini berdaya maju. Ketinggian pokok dibawah SPH boleh dikawal dengan menjalankan program cantasan pembentukkan dari peringkat awal. Ketinggian SPH ini dicadangkan sekitar 20-25 kaki tingginya dengan elakkan dari hujan dari masuk kelokasi tanaman. Pemberian air menggunakan sistem pengairan yang boleh dikawal dan begitu juga sistem pembajaan yang boleh memberikan kesan kepada pembungaan. Beberapa hormon berasaskan fish meal, High K, High K dan sebagainya sesuai diaplikasi untuk memberikan aruhan kepada pokok durian. Idea ini sesuai dilakukan untuk penanaman baru atau pokok sedia ada yang boleh dilakukan 'pollarding' atau dengan kaedah 'cantuman dewasa'. Walau pun idea ini mungkin menjadi 'bahan ketawa' ramai orang tetapi apa salahnya kalau ia dilakukan secara trial bersama beberapa pihak agensi penyelidikan dan pihak swasta. Apa yang penting adalah inovasi ini mampu menghasilkan buah durian pada luar musim atau mampu menghasilkan surian sepanjang tahun. Wallahhualam!. Wasallam!!!.
POKOK DURIAN... TINGGI TUMBUHNYA...
BUAH BERMUSIM... MENGIKUT CUACA...
DIBAWAH SPH... PERLUKAH IA DICUBA...
BERPOTENSI BERBUAH...SETIAP MASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 101, Hotel Jelai Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(28 Rejab 1438H).

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com
atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :