.:: Jasa Membuat Aplikasi Website,Desktop,Android Order Now..!! | | Order Now..!! Jasa Membuat Project Arduino,Robotic,Print 3D ::.

MARJERIN APA GUNA?

0 komentar


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
bismillaahirrahmaanirrahiim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

MARJERIN adalah bahan gantian kepada mentega kerana harganya yang lebih murah dan sesuai digunakan didalam makanan kita di Malaysia. Ia diperbuat daripada lemak sayuran (lazimnya daripada produk kelapa sawit) atau pun daripada lemak haiwan. Di negara kita Malaysia, marjerin kebanyakannya adalah diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air,pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia lebih dikenali bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, saya dapati mereka mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan ianya akan menambah perisa seperti butteroil dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega. Saya juga kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi mendapatkan rasa seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek mentega yang menggunakan campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang berminyak jika hendak dibandingkan dengan menggunakan majerin 100 peratus. Selalunya bagi membuat krim mentega sejenis marjerin bernama krimwell digunakan. Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan dengan mentega untuk membuat krim ini. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan marjerin dalam menyediakan makanan untuk makluman anda.


Bagaimanakah cara atau panduan dalam kes penyimpanan bagi marjerin yang baik. Apa yang kita semua faham, marjerin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia keras pada suhu bilik. Marjerin selalunya dibungkus dalam bekas plastik, bekas mangkuk plastik atau pun dalam bekas dalam bentuk tin. Bagi jenis marjerin yang mempunyai bekas dengan penutup yang rapi maka ia lazimnya tidak menjadi masaalah cara kita jalankan penyimpanannya tetapi yang dalam bekas plastik perlu disimpan dengan baik (Lihat foto sebelah - bungkusan plastik). Marjerin yang telah dibuka dan digunakan jumlah sebahagian hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan dari makanan lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan simpan di tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair dan tidak sesuai digunakan sebagai marjerin lagi apabila cair. 


Marjerin juga merupakan bahan penting untuk membuat 'Shortening'. Lazimnya apa yang dimaksudkan dengan kaedah 'shortening' adalah lemak sayuran putih yang berkalori tinggi dimana ia tidak mengandungi karbohidrat atau protin. Ia bewarna putih dan sering digunakan dalam pembuatan pastri, roti,krim mentega dan lain-lain. Shortening jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan sedikit dalam pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak putih ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin iaitu dengan menutup kemas baki didalam bekas. Ramai yang tidak tahu bagaimankah perbezaan daintara bahan Mentega, Shorthening dan Marjerin. Perbezaan selalunya pemilihan diantara mentega, marjerin dan shortening yang sering digunakan dalam pembuatan kek, roti, biskut dan pastri. Laporan menyatakan dari pelbagai sumber maklumat bolehlah disimpulkan ketiga-tiga produk itu seperti bolehlah dijelaskan seterusnya dibawah untuk kita lebih faham.


Mentega atau 'Cheese' telah saya tulis dalam artikel sebelum ini (Sila baca - Klik disini). Sebenarnya apakah yang telah dimaksudkan dengan mentega? Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (dari susu lembu) yang telah melalui satu sistem pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini. Di Malaysia terdapat dua jenis mentega yang biasa didapati di pasaraya iaitu Mentega tulen (Pure Butter) dan Mentega lepa susu (Dairy Spread Butter). Sebagai contoh bagi jenis mentega tulin, kita ada bahan seperti jenama Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain. Manakala mentega lepa susu pula ialah seperti jenama  Buttercup, Butterlite dan lain-lain dipasaran. Perbezaan yang nyata dari apa yang saya tahu adalah dari segi harga. Ini kerana lazimnya mentega tulen harganya lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Mengapa ini berlaku di Malaysia? Ini adalah kerana mentega tulen mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi sehingga 80 peratus dari kandungan beratnya. Selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti cecair, garam dan lain-lain. Kek yang menggunakan mentega tulen lebih sedap rasanya berbanding mentega lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia membangkitkan rasa yang lebih enak dan aroma yang lebih harum untuk kek kita. Bagaimanapun, kerana harganya yang lebih mahal, ramai pengguna yang memilih produk yang lebih murah seperti mentega lepa susu. 


Selain dari membuat kek, mentega lepa susu sesuai untuk disapu diatas roti atau biskut. Mentega lepa susu lebih murah harganya kerana kandungan lemak susunya tidak tinggi seperti mentega tulen. Ia juga dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan pada mentega tulen, kita akan dapati terdapat perkataan bergaram dan tidak bergaram (salted and unsalted butter). Kedua-duanya boleh digunakan. Jika mentega itu telah bergaram, tidak perlulah kita masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.


Panduan Penyimpanan mentega hampir sama dengan yang dilaporkan diatas. Mentega adalah bahan yang mudah lembik apabila dibiarkan pada suhu bilik pada jangkamasa yang lama. Oleh itu ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak digunakan. Apabila menyimpan mentega, pastikan ia berbalut dengan elok dan diletakkan di tempat simpanan khas. Jangan campurkan ia dengan bahan-bahan makanan lain kerana mentega mudah menyerap bau-bauan dari makanan lain. Mentega mempunyai jangka hayat yang lama iaitu lebih kurang 1 tahun dari tarikh pengilangannya. Pastikan anda membeli mentega yang belum tamat tempohnya. 


Terdapat beberapa tips panduan cara menggunakan mentega yang boleh kita pelajari. Pertama sekali (1) Kita boleh memilih menggunakan mentega tulen atau lepa susu. Dari segi tekstur saya dapati ianya lebih kurang sama tetapi dari segi rasa, berani saya katakan yang mentega tulen lebih sedap. Seterusnus tips kedia (2) Kita keluarkan mentega dari peti sejuk kira-kira 30 - 45 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar. Ketiga (3) adalah dimana mentega digunakan untuk mempercepatkan mentega lembut, potong dadu kecil-kecil dan biarkan sebentar. Ada juga orang yang meletakkan mentega atas oven yang sedang dipanaskan. Tapi hati-hati jangan lama sangat kerana mentega akan cair kerana terlalu panas. Langkah ke  4 adalah untuk kita melembutkan mentega kita tidak perlu memanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia akan cair, kecuali jika memang anda nak gunakan mentega cair. Seterusnya ke 5 adalah dimana mentega yang terlalu lembik sudah tidak sesuai untuk membuat kek atau biskut kerana akan lebih berminyak daripada keadaan biasa. Bahan tersebut boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Marjerin dan Mentega adalah dua bahan yang penting dapam Industri Asas Tani yang menyediakan makanan siap proses untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Baca artikel bagaimana proses membuat marjerin akan datang. Semuga pembaa blog anim agro technology dapat info untuk lebih berilmu. Wasallam!!!..

MARJERIN TEMPATAN ....KUNING WARNANYA
BANYAK KHASIAT... MAKANAN LAZATNYA...
MUDAH DIBELI ... MEMANG MURAH HARGANYA...
DARI KELAPA SAWIT...PUNCA BAHAN UTAMA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, 
Putrajaya, W.P.
Malaysia
(3 JamadilAkhir 1434H)
Kemaskini May 2017.

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
NB :: Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code, membeli hardware elektronika untuk kepentingan Perusahaan maupun Tugas Akhir (TA/SKRIPSI), Insyaallah Saya siap membantu, untuk Respon Cepat dapat menghubungi kami, melalui :

No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com


atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Alhamdulilah hirobil alamin

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Artikel MARJERIN APA GUNA?, Diterbitkan oleh scodeaplikasi pada Senin, 15 Mei 2017. Semoga artikel ini dapat menambah wawasan Anda. Website ini dipost dari beberapa sumber, bisa cek disini sumber, Sobat diperbolehkan mengcopy paste / menyebar luaskan artikel ini, karena segala yang dipost di public adalah milik public. Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code ,Dengan Cara menghubungi saya Ke Email: Fajarudinsidik@gmail.com, atau No Hp/WA : (fajar) : 085369237896, (puat) : 085267792168.

Tawk.to