.:: Jasa Membuat Aplikasi Website,Desktop,Android Order Now..!! | | Order Now..!! Jasa Membuat Project Arduino,Robotic,Print 3D ::.

KAMBING TENUSU - BERBALOI TERNAKNYA

0 komentar


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
bismillaahirrahmaanirrahiim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

KAMBING TENUSU (Milking goats) nampak macam pelik bunyinya di kalangan kita orang Malaysia. Bagaimana pun usaha seorang anak muda menternak kambing tenusu berbaloi apabila susu kambing dipasarkan mendapat sambutan bukan saja penduduk sekitar malah mendapat pemintaan tinggi daripada pelanggan luar kawasan. Penulis yang nerupakan pakar dalam bidang tanaman bagaimana pun menulis teknologi ternakan dan ternak air termasuk menternak kambing. Seorang usahawan muda iaitu En Mohd Amin Abd Rahman yang berumur 29 ditemui penulis sebab beliau berjaya menternak sembilan ekor kambing termasuk dua baka jantan dari Australia dimana dia mula untuk terus memberanikan diri menceburi bidang itu sejak tahun lalu. Ini adalah kerana semuanya kerana dia melihat kebanyakan penternak di kampungnya tidak menternak kambing susu sebaliknya lebih kepada ternakan kambing daging. Dahulu sebelum terbabit dalam penternakan, beliau yang masih muda bertugas sebagai penyelia sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor namun berhenti pada awal 2016 bagi asalan menjaga ibunya yang tinggal berseorangan. Beliau telah mengambil masa dua minggu memikirkan apa kerja perlu dia perlu lakukan dan mendapat idea menternak kambing tenusu apabila mendapati tidak ada penduduk menternak kambing jenis itu. Beliau ditemui di FELDA Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini bersama sekumpulan wartawan akhbar tempatan. Kini dengan berbekal modal duit gaji yang disimpan sejak dahulu, dia telah membuat rujukan menggunakan pelbagai sumber termasuk Internet bagi mengetahui cara betul menternak kambing jenis ini. Dakwanya beberapa kali beliau meninjau maklumat daripada blog "Anim Agro Tehchnology" yang paparkan banyak tulisan mengenai teknologi pertanian. Artikel petang Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana seorang usahawan muda berjaya menternak kambing tenusu sekadar dijadikan bahan rujukkan and semua.

Didalam memulakan usaha untuk menternak kambing tenusu ini beliau dengan adanya pertolongan beberapa kenalan berjaya untuk membeli enam ekor kambing daripada tiga baka iaitu Saanen, British Alpine dan Toggenberg yang mana  ini terbukti dan didakwa mampu untuk menghasilkan susu kambing yang banyak serta berkualiti. Dakwanya menternak kambing tenusu memerlukan perhatian lebih dan sistematik daripada menternak kambing pedaging berikutan haiwan ini tidak selesa jika hidup dalam kandang kotor. Aktiviti penting yang mat berbeza bagi menternak kambing tenusu adalah dimana kandang perlu dibersihkan setiap hari dengan begitu juga kambing tidak boleh kotor. Sebab itulah pengusaha muda ini telah membina kandang lebih tinggi bagi tujuan untuk membolehkan najis dibersihkan. Kos untuk membina kandang ini menelan belanja sebanyak RM25,000 sebagai modal permulaan. Dalam pada itu beliau mendapatkan nasihat kepakaran juga daripada beberapa kenalan di Kelantan dan Terengganu terbabit dalam ternakan kambing tenusu. Mereka telah menjadi tempat dia bertanya bagi memastikan tidak tersalah langkah sehingga boleh mungkin menyebabkan masalah lain timbul. Selain itu beliau ada beberapa kali mengunjungi pejabat veterinar tempatan sekadar berkenlan dengan pegawai setempat dan memaklumkan akan aktiviti yang dijalankannya. Ini membolehkan JPV akan merekodkan akan kehadiran projek kambing tenusu dibawah kelolaan dan jajahan mereka.


Dalam menternak kambing tenusu yang difikirkan mudah sebelum ini tetapi ia sebenarnya perlukan modal mencukupi, ilmu pengetahuan lengkap dan kerajinan yang tidak boleh dinafikan. Ini kerana menjada kambing tenusu sama sukarnya dengan menjada lembu tenusu. Kambing tenusu perlu diberi makanan mencukupi termasuk dedak dan juga makanan sampingan rumput selain vitamin. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kambing turut diberi keutamaan menggunakan pencuci nyah kuman. Bagi tujuan tersebut kos yang diperlukan adalah sebanyak RM300 sebulan bagi tujuan itu. Pada masa ini sebanyak tiga ekor kambing tenusu sudah menghasilkan susu dengan secara purata setiap seekor mampu menghasilkan satu hingga dua kilogram susu sehari manakala seekor kambing menunggu masa untuk beranak. Amalan yang dijalanakan adalah dimana proses memerah susu dibuat dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Kegagalan memerah susu akan menyebabkan kambing menjadi tidak bermaya dan boleh menjadi sakit. Selalunya susu diperah dijual dijual mentah terutama kepada pelanggan dari kampung kerana mampu bertahan tiga jam sebelum basi. Pada kebiasaan untuk pelanggan yang jauh maka beliau perlu memasak terlebih dahulu susu kambing berkenaan sebelum dimasuk ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk. Dari segi harga dan pasaran pada masa ini harga sebotol susu kambing dengan sukatan bagi 250 mililiter adalah RM6.00 manakala harga bagi sekilogram adalah RM20.00 sahaja. terdapat peraih yang datang kerumahnya setiap hari untuk tujuan pemasaran. Kata pembeli susu tersebut ianya akan diedar dan dijual disekitar Seremban dan Lembah Kelang.


Kelebihan Susu Kambing daripada apa yang saya pernah dengar semasa berkursus mengenai ternakan kambing adalah amat hebat. Susu Kambing ada yang mendakwa sebagai jenis susu yang paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu). Dalam kes lain dikatakan para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing dimana dikatakan membela dan meminum susu kambing adalah sunnah. Mereka yang minum susu kambing tidak akan dijangkiti penyakit kambing gila (atau ada yang kata penyakit lembu gila). Mereka juga akan bebas atau kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu. Difahamkan haiwan kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat dan produktif dimana kambing betina akan beranak 2 kali setahun, 1 -  4 ekor berbanding haiwan lembu setahun sekali dan hanya seekor. Kelainan lembu juga hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing yang boleh mengawan setiap hari. Umumnya susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding dengan susu lembu memerlukan 2 jam lamanya. Khasiat Susu Kambing adalah susu yang paling berkesan dan lebih berkhasiat jika ia dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman". Diantara jenis penyakit yang boleh dirawat dengan susu kambing adalah seperti Penyakit deman kuning, Penyakit lemah jantung, Penyakit darah tinggi, Penyakit migrane atau kerap merasa pening kepala, Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang. Selain itu ia didakwa merawat Penyakit batuk kering atau TB, Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis, Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut. Susu Kambing cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin. Ia juga sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja.


Dalam pada itu dilaporkan bahawa susu kambing adalah jenis susu yang terbaik selepas susu ibu. Ini kerana beberapa laporan dan testimoni menyatakan dimana susu kambing akan membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh. Jika tubuh sudah kuat makan mereka ini akan kurang diserang pelbagai jenis penyakit terutamanya demam. Susu kambing adalah bersifat alkali bukan asidik dimana ia semebarnya amat sesuai untuk semua peringkat umur iaitu daripada golongan bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua macam penulis blog ini. susu kambing juga didakwa mampu meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan seseorang yang meminumnya selalu. Ia juga akan mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah dan baik untuk diambil oleh mereka yang mempunyai masaalah diabetis. Susu kambing juga mudah dicerna dan diserap dalam tubuh badan dimana ia juga  selalunya jarang menyebabkan alahan. Ia akan membantu dalam proses dan melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus. susu kambing merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), masaalah senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout. Selain itu ia didakwa menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf. Kepada mereka yang ingin sihat dilaporkan susu kambing akan memulihkan tenaga batin dan awet muda. semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wsalllam!!!...
Kandang Kambing Tenusu Mohd Amin
TERNAK KAMBING... SUSU HASILNYA....
PERLU DIJAGA... SETIAP MASA BERSAMA...
SUSU DIPERAH... DIJUAL MAHAL HARGA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Kapitan, Juaseh,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(3 Rejab 1438H)

Update Contact :
No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email : Fajarudinsidik@gmail.com
NB :: Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code, membeli hardware elektronika untuk kepentingan Perusahaan maupun Tugas Akhir (TA/SKRIPSI), Insyaallah Saya siap membantu, untuk Respon Cepat dapat menghubungi kami, melalui :

No Wa/Telepon (puat) : 085267792168
No Wa/Telepon (fajar) : 085369237896
Email: Fajarudinsidik@gmail.com


atau Kirimkan Private messanger melalui email dengan klik tombol order dibawah ini :

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Alhamdulilah hirobil alamin

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Artikel KAMBING TENUSU - BERBALOI TERNAKNYA , Diterbitkan oleh scodeaplikasi pada Rabu, 10 Mei 2017. Semoga artikel ini dapat menambah wawasan Anda. Website ini dipost dari beberapa sumber, bisa cek disini sumber, Sobat diperbolehkan mengcopy paste / menyebar luaskan artikel ini, karena segala yang dipost di public adalah milik public. Bila Sobat tertarik Ingin membuat software, membeli software, membeli source code ,Dengan Cara menghubungi saya Ke Email: Fajarudinsidik@gmail.com, atau No Hp/WA : (fajar) : 085369237896, (puat) : 085267792168.

Tawk.to